Selasa, 26 Januari 2016

Isteri Harus Baca!!! Beban Yang Ditangung Lelaki Yang Bergelar Suami.

Ketika kamu telah sah bergelar isteri kepada seseorang lelaki itu, sesekali lihatlah wajah suamimu itu dikala dia sedang tidur dan ingatlah bahawa dia merupakan insan yang tiada pertalian darah langsung dengan dirimu tetapi dia masih terus tetap bertahan mencintaimu seikhlasnya.

Ketika suamimu itu baru sahaja pulang memasuki rumah selepas seharian bekerja kamu amatilah wajahnya serta sambutlah dia dengan ciuman di tangan kerana dengan tangan itulah dia berusaha gigih memberikan nafkah buat dirimu serta anak-anak.

Sedangkan sebelum berkahwin dia tidak memiliki sebarang hutang  denganmu tetapi sebagai seorang anak dia berhutang budi dengan emak serta ayahnya sendiri yang membesarkannya sehingga berjaya seperti hari ini.

Walaupun masih bertanggung jawab membalas segala pengorbanan kedua orang tuanya namun dia tetap sanggup memilih kamu menambahkan lagi beban tanggung jawab di bahunya, sedarlah wahai kaum isteri.

Ketika kamu sedang berdua-duaan dengan suamimu maka kamu tataplah wajahnya dengan penuh kasih sayang kerana insan bergelar suami inilah yang menjaga kamu sepenuh hatinya.

Jarang sekali si suami mengadukan hal peribadinya kepada isteri malah segala masalahnya di luar rumah turut di simpan dalam hatinya sendiri kerana tidak mahu kamu turut bersedih dengannya kerana baginya kegembiraan isteri adalah segala-galanya.

Sebagai seorang suami pasti dia akan berusaha sebaik mungkin untuk menyelesaikan masalahnya sendiri tanpa menarik sekali kamu ke dalam kancah permasalahannya sedangkan si isteri sering kali mengadukan masalah yang dihadapinya dan meninginkan perhatian dari suami.

Walaupun pada dasarnya masalah suami lebih besar daripada masalah remeh yang di adukan oleh isteri namun si suami sanggup mengutamakan isterinya sendiri daripada dirinya.

Maka, bagi kaum isteri semua, sedarlah bahawa tanggungjawab seorang suami itu amat berat serta betapa kamu bertuah bergelar isteri kepadanya.
loading...