Jumaat, 5 Februari 2016

10 Soalan Dari Wanita,Yang Lelaki Malas Nak Jawap Paling Tak Suka Bila Wanita Tanya Pada Mereka!

Selalunya lelaki akan cakap susah nak memahami hati wanita, tapi bagi wanita pula, lelaki ni banyak rahsiakan sesuatu.

Wanita terutamanya, pasti ingin tahu tentang sejarah silam pasangan mereka, lebih-lebih lagi mengenai bekas kekasih.
Isu macam ni boleh jadi masalah dan buat gaduh. Untuk wanita, ketahui 10 soalan yang lelaki paling tak suka korang tanya.

1.Ex-girlfriend you cantik tak?

Lelaki paling tak suka apabila ditanya tentang bekas kekasih. Jadi jangan buka isu tentang bekas kekasih.

2. Berapa banyak gaji you?

Jika anda masih dalam fasa bercinta, jangan berani tanya tentang isu ini. Pasti si dia akan fikirkan yang anda ingin mengawal hidupnya.

3. Siapa lagi cantik, I ke ex-girlfriend you?

Soalan ini mesti ramai wanita selalu tanya. Ianya boleh mengganggu hubungan kalian. Lelaki tak suka buat perbandingan antara bekas kekasihnya dan kekasihnya kini.

4. Mak you baik tak? Garang tak

Jangan ditanya tentang ibu kekasih anda sama ada baik atau tak. Sama seperti anda, pasti tak mahu orang bercakap tentang ibu anda sama kan.

5. Apa rancangan masa depan you?

Soalan ini membuatkan dia seperti orang bodoh. Pasti dia sudah mempunyai perancangan dan rasanya tak perlu la kot ceritakan semuanya pada anda.

6. I nampak gemuk tak?

LELAKI paling tak suka perempuan tanya soalan ini! Bila cakap kurus, bukan percaya pun.

7. You tengah teringatkan ex you ke?

Jika si dia diam tak bermakna tengah teringatkan bekas kekasih mereka. Mungkin ada perkara atau isu yang mereka fikirkan. Fikir positif okay!

8. You pernah tengok video porn tak?

Soalan ni memang tak patut wanita tanya. Sama ada mereka pernah atau tak, apa yang pasti soalan tu sangat tak sesuai untuk ditanya.

9. You akan bagi I duit belanja tak kalau I nak kahwin dengan you?

Lelaki akan angkat kaki kalau wanita tanya soalan macam ni. Mana taknya, kalau belum kahwin lagi nak kawal semua benda.

10. Kalau I tak cantik, you sayang I lagi tak?

Ini soalan menjerat. Jika lelaki tu bijak, dia akan menjawab ya. Tapi jika lelaki tu jenis berterus-terang, dia akan mengaku yang dia sukakan anda kerana paras rupa.
loading...