Jumaat, 26 Februari 2016

Isteri Harus Sedar Akan Pentingnya Menuntut Hak Isteri Pada Suami.

Adakah kita pernah mendengar sebuah kisah seorang suami yang tidak memberi nafkah kepada keluarganya sama sekali, malah meminta pula si isteri memenuhi keperluannya? Atau, adakah ada dari suami atau isteri yang pernah mengalami sendiri hal seperti ini? Padahal fizikal suami sangat sihat dan sebenarnya mampu untuk bekerja.

Banyak kisah pilu mengenai hal ini yang dialami oleh wanita dalam hal ini seorang isteri, kerana selain tidak memberi nafkah, suami yang tak malu menuntut isteri untuk memenuhi keperluan hariannya juga pandai melontarkan ucapan yang menyakiti hati isteri. Misalnya seperti ucapan :

“Kamu isteri tak berbudi, tidak pandai mengurus suami dan anak!”, “Saya malu punya isteri tak pandai masak seperti kamu!”, “Kamu bertuah kahwin dengan aku, siapa yang nak kahwin dengan isteri yang tak pandai  mengurus rumah macam kamu ini!”

Suami melontarkan kata-kata menyakitkan seperti ini untuk menekan isteri agar terus tunduk memenuhi kemahuannya. Dan biasanya, umpama kerbau dicucuk hidung, banyak isteri yang akhirnya hanya menuruti apapun permintaan suami bahkan selain nafkah harian, misalnya membelikan kenderaan, rumah, dan keperluan lainnya. Memang sungguh mengjengkelkan.

Padahal Islam menjadikan suami lebih tinggi kedudukannya dari isteri kerana kesediaan suami untuk menafkahi keluarga dari sebagian harta yang diperolehnya. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

‘’Dan mereka (para isteri) mempunyai hak diberi rezeki dan pakaian (nafkah) yang diwajibkan atas kamu sekalian (wahai para suami).’’ (HR. Muslim, ayat 2137)

Bahkan Allah Subhanahu wa Ta’ala tidak menentukan jumlah nafkah yang harus diberikan seorang suami kepada seorang isteri, agar isteri juga tidak digalakkan membebani suami di luar kemampuannya. Allah berfirman,

لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ ۚ وَعَلَى الْمَوْلُودِ لَهُ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ ۚ لَا تُكَلَّفُ نَفْسٌ إِلَّا وُسْعَهَا

“Dan kewajipan ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma’ruf, seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kemampuannya’’. (QS. Al-Baqarah 2 : 233)
Lalu mengapa ada suami yang tidak tahu malu dengan tidak memberi nafkah kepada seorang isteri dan anak-anaknya, bahkan tanpa merasa bersalah meminta isteri untuk memenuhi keperluan hidupnya sehari-hari?

Inilah para suami yang memiliki sifat parasit, dan Islam jelas menjatuhkan dosa pada perbuatan suami yang seperti ini. Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Abdullah bin ‘Amrradhiyallahu ‘anhu, ia berkata; Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam bersabda,“Cukuplah dosa bagi seseorang dengan ia menyia-nyiakan orang yang ia tanggung”.

Apa yang sebaiknya yang harus dilakukan seorang istri? Pertama sekali, isteri harus sedar akan pentingnya menuntut hak pada suami, dan berani melakukannya dengan tegas dan berterus-terang.

Sifat suami terus-menerus mengharapkan isteri boleh jadi kerana isteri tidak berusaha menuntut haknya pada suami. Mungkin kerana isteri memiliki pekerjaan yang bagus dan gaji yang mencukupi, sehingga tak dinafkahi pun tak mengapa. Suami hanya bertugas menghantar dan  menjemput dengan kenderaan saat isteri memerlukan.

Wahai wanita, sedarlah bahawa engkau berhak meminta nafkah daripada pasangan hidupmu! Jangan biarkan suami mensia-siakan engkau dan anakmu hanya kerana engkau mampu!

Isteri harus mengingatkan suami atas kewajipannya memberi nafkah kepada keluarga, atau isteri boleh meminta cerai. Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam bersabda, ‘’Mulailah (memberi nafkah) kepada orang yang menjadi tanggunganmu, (kalau tidak) maka isterimu akan mengatakan, nafkahilah aku atau ceraikan aku.’’ (HR. Bukhari, ayat 4936)

Berkata Ibnul Mundzir, “Telah sah bahawa Umar bin Khaththab memerintahkan para tentera (yang pergi) untuk tetap memberi nafkah, kalau tidak maka harus menceraikan isterinya”.

Mulailah berani menuntut hak pada suami, lihat apa yang terjadi! Jika suami berlaku kasar bahkan menjurus KDRT kerana tidak mahu memberikan nafkah, isteri berhak meminta cerai.

Pendapat yang kuat dari para ulama adalah seorang isteri yang tidak mendapatkan nafkah dari suaminya memiliki hak untuk menuntut penceraian bagi dirinya dari suaminya kerana terdapat  dalil-dalil yang menunjukkan hal itu. Allah berfirman,

الطَّلَاقُ مَرَّتَانِ ۖ فَإِمْسَاكٌ بِمَعْرُوفٍ أَوْ تَسْرِيحٌ بِإِحْسَانٍ

“Talak (yang dapat dirujuki) dua kali. Setelah itu boleh rujuk lagi dengan cara yang ma’ruf atau menceraikan dengan cara yang baik”. (QS. Al-Baqarah 2 : 229)

Pada ayat di atas Allah memberikan dua pilihan kepada seorang suami antara menggenggam dengan cara yang ma’ruf iaitu memberikan nafkah kepadanya, atau menceraikannya dengan cara yang baik pula jika dirinya tidak mampu memberikan nafkah kepadanya.

Jika Allah saja telah memberikan 2 pilihan ini, mengapa isteri terus memelihara kemalasan suami dengan memberi suami nafkah zahir? Isteri tidak di wajipkan untuk memberi nafkah kepada suami!

Sedarlah bahawa jika isteri masih saja menanggung suami, jangan-jangan bukan suami yang menzalimi isteri, tapi isterilah yang membenarkan dirinya dizalimi! Hentikan hal ini kerana rumah tangga yang demikian sama sekali tidak sihat dan tak sesuai dengan peranan suami-isteri dalam ajaran Islam.

Isteri perlu berfikir jauh ke depan bahawa sifat malas suami dalam menjalankan kewajipannya menafkahi dirinya sendiri dan keluarga ini akan menimbulkan banyak masalah, mulai dari perselingkuhan, pengabaian terhadap anak, dan sebagainya.

Bertindaklah tegas, dan lihatlah bahawa suami pun sebenarnya punya kemampuan jika isteri memberi sokongan! Jika suami berkeras tak mahu berubah, maka jangan takut mengikuti petunjuk Allah untuk menuntut cerai, tentunya dengan cara yang ma’ruf dan dibenarkan oleh syari’at.

Semoga Allah memberikan rasa malu pada suami yang tidak mahu memberikan nafkah kepada keluarga, serta mengurniakan kemampuan agar ia mahu berubah dan berusaha. Sesungguhnya darjat lelaki ditinggikan kerana kesediaan mereka menafkahi tanggungannya.Wallahu a’lam…
loading...