Khamis, 18 Februari 2016

Saya Dianiaya Oleh Pemandu Bas!!! Pemandu Kereta Myvi WSW 8008 Tampil Menceritakan Punca Kejadian Sebenar

Salam....untuk makluman semua...saya berada dalam kereta tersebut. 

Kami sekeluarga (3 buah kereta dalam perjalanan dari Johor Bahru pulang ke Kuala Lumpur) saya di depan (Myvi kelabu dalam gambar) kereta ayah saya di belakang yang dipandu oleh adik saya Khairul Aswad dan belakang sekali kereta abang saya yang dipandu oleh Aidil Asuan Zainal Abidin.

Kejadian di Serdang, kami di line tengah bas di line kiri tiba-tiba masuk ke line kami (tengah) tanpa memberi lampu signal dan menghimpit kami sekeluarga yang berada di dalam kereta...

Ketika kejadian suami yang drive turut berada di dalam kereta saya, anak saya berumur 10 tahun dan adik bongsu saya Izian Syazana ZA.

Suami telah hon bas persiaran tersebut kerana bas tersebut telah menghimpit kami. 

Kami tak boleh ke kanan kerana kereta lain di sebelah kanan laju dan kami tak boleh ke kiri kerana bas telah masuk hampir separuh line jalan kami.

Akhirnya bas mengalah dan saya mengambil keputusan untuk merakam bas tersebut dan pemandunya.

Bas tersebut terus menghimpit dan mengacah kami.

Akhirnya suami main acah-acah cuba halang bas tersebut daripada terus menghimpit kami.

Kejadian disaksikan oleh ayah dan adik-beradik saya yang lain. 

Saya telah membuat aduan kepada Spad selepas itu dan email maklum balas daripada Spad telah saya terima. 

Kes ini sedang dalam siasatan dan wakil Spad akan menghubungi kami utk siasatan lanjut.

Ikut logik laaaa...takkan kami tetiba angin nak acah-acah bas???? 

Mesti ada something yang pemandu bas itu dah buat. 

Kepada pemandu bas tersebut....kalau berani jommmm kita jumpa mata ke mata. 

Saya ada rekod kejadian. Ada berani???? Saya cabar kamu wahai pemandu bas BKY...

loading...