Ahad, 21 Februari 2016

Suami Harus Baca!! 20 Sikap Suami Yang Tak Disukai Isteri!

KEBANYAKKAN suami tidak sedar bahawa ada perbuatan mereka dibenci oleh si isteri. Kebanyakkan suami selalu menyalahkan isteri apabila isteri kerap merajuk dan marah tanpa mengetahui apakah puncanya. Kerap kali apabila timbulnya masalah sikap isteri yang dikatakan mengada-ngada, itu menjadi punca pertengkaran.
Namun, suami tidak sedar ada perbuatan mereka yang dibenci oleh si isteri. Justeru itu, apa kata wahai suami sekalian meneliti beberapa perbuatan-perbuatan yang sering dilakukan tanpa kesedaran mereka.

1. Suami yang panas baran
Pantang silap sikit, pasti pelbagai kata-kata kesat dihamburkan. Tidak cukup dengan kata-kata kesat, kadangkala tangan lelaki panas baran ini juga pantas menampar atau mencekik leher isteri bagi menunjukkan mereka ini kuat dan berkuasa.
Perbuatan lelaki sebegini akan membuatkan wanita benci dan fobia. Bagi sesetengah wanita yang terlalu menyayangi pasangan, mereka terpaksa berendam air mata dan membiarkan hidup menderita. Lama kelamaan wanita ini akan hidup dalam keadaan tertekan dan boleh menyebabkan kemurungan!!

Semua benda dia je yang betul...silap sikit naik tangan dan kaki... perempuan mana yang tahan dengan lelaki sebegini...

2. Suka mengongkong
Segala gerak-geri isteri dikawal. Hendak keluar berjumpa dengan teman-teman pun tidak boleh, dikatanya pula si isteri buat perangai sampai memarahi isteri dengan berkata " awak lupa ke yang awak tu dah jadi bini orang??". Sampaikan dari segi berpakaian pun perlu mengikut segala yang diinginkan mereka. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh isteri mereka. Mulalah dituduh psiko, penyibuk dan queen control.
Ish...agaknye suami ni lupa ke yang dia tu laki orang?? Biasalah lelaki kalau dah keluar dari rumah...status akan jadi bujang..lupa dah bini anak kat rumah..
Biasanya lelaki mengongkong ni, lelaki yang kuat cemburu.. cemburu tanda sayang... tapi kalau dah terlebih cemburu, padah dah tu kan... nak bergerak pun susah... cemburu bagus, tapi kawallah dengan iman..

3. Ego
Ini adalah perbuatan yang paling ketara bagi kaum lelaki. Apabila berlaku pergaduhan, wanita selalu dipersalahkan. Kadangkala, marahnya sudah hilang tetapi ego punya pasal sanggup mendiamkan diri agar si isteri memujuk mereka.
Lelaki memang ego... hmm... tapi ego perempuan lagi dasyat dari lelaki kengkadang... jadi, nak over ego sampai menimbulkan ego wanita ye,..

4. Suka “cuci mata”
Kebanyakan lelaki sukar untuk mengawal mata mereka (mata keranjang). Walaupun sudah dikurniakan seorang isteri yang cantik, tetapi masih lagi ingin memandang wanita lain. Pandang sekali sudahlah. Ini tidak. Kadangkala, sampai terpusing kepala lelaki mata keranjang ini memandang wanita lain. Bayangkan kalau berjalan sebelah dengan anak isteri pun masih sempat 'cuci mata' tengok perempuan lain. Isteri mana yang suka kalau suami macam tu??
Lelaki mata lalat... nampak aje yang lain-lain...tapi bini sendiri depan mata tak nampak...

5. Main kayu tiga
Ini adalah perkara yang paling dibenci oleh setiap wanita. Pantang digoda dengan wanita lain, terus hanyut. Ada juga lelaki yang pantang melihat perempuan cantik, pasti dijadikan senarai ‘teman tapi mesra’. Ada juga yang sanggup keluar dengan wanita lain walaupun sudah mempunyai isteri. Zaman sekarang, selalu kita dengar suami scandal dengan perempuan dan ada juga yang mempunyai 'isteri simpan'.

6. Tidak sensitif perasaan wanita
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian kepada isterinya, lebih-lebih lagi apabila melibatkan perasaan wanita. Tetapi jika bersangkut paut mengenai diri sendiri, keluarga dan kawan-kawan, mereka begitu memahami dan mengambil berat. Sebenarnya, wanita bukanlah terlalu sensitif atau terlalu manja. Isteri sentiasa perlu rasa dirinya disayangi dan dibelai dengan penuh kasih sayang.
Suami tak pernah nak kisah dengan perasaan isteri tapi hendak isteri ambil berat dengan perasaan mereka..give and take la...sama2 memberi..sama2 merasa...barulah bahagia..

7. Lebih pentingkan kawan-kawan
Sanggup membatalkan janji keluar dengan isteri semata-mata ingin menonton bola sepak atau diajak melepak oleh kawan-kawan lelaki. Sesetengah lelaki selalu mementingkan kawan-kawan dalam segala hal. Kalau ada apa-apa masalah di tempat kerja atau apa urusan sekalipun, mereka yang mementingkan kawan-kawan sanggup mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan isteri. Wanita akan lebih menyayangi pasangannya jika mereka lebih dihargai.

Penting dengan kawan..kawinlah dengan kawan kamu tu..huh..(O.o)...kita penat2 masak dia tak pulang rumah..makan kat luar..tengah malam hingga dini hari baru pulang rumah...

8. Tidak tahu menghargai
Sukar untuk bertemu suami yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan isterinya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Seboleh-bolehnya, suami mahu si isteri terang-terangan menunjukkan sikap menghargai mereka. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap menghargai isteri terhadap apa yang cuba dilakukannya untuk anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya, ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.
Suami harus belajar menghargai isteri...sekiranya isteri rasa dihargai..maka isteri akan lebih menyayangi anda dan melayan anda dengan  lebih baik lagi...

9. Meninggikan suara
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tetapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.
Teriak2..bukannya isteri pekak...kalau isteri meninggikan suara sikit,mulalah kata isteri dah pandai melawan..mana tak nye...kalau selalu sangat suami meninggikan suara..mana tak isteri fedup lalu berani meninggikan suara..

10. Lelaki penipu
Masalah yang ketara apabila suami suka menipu ataupun memberikan alasan yang tidak munasabah. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini, lama kelamaan akan membuatkan isteri membenci anda. Lelaki akan kerap menipu sekiranya dia ada bermain kayu 3.

Susah hidup dengan suami penipu..tapi sepandai2 tupai melompat..akhirnya jatuh ke tanah juga...sepandai2 kamu menipu akhirnya ketahuan juga.

11 Sombong
Sombong adalah sifat syaitan. Allah melaknat Iblis adalah kerana kesombongannya. Abaa wastakbara wakaana minal kaafiriin (Al Baqarah:34). Tidak ada seorang makhlukpun yang berhak sombong, karena kesombongan hanyalah hak Allah. Allah berfirman dalam hadits Qurdsi: “Kesombongan adalah selendangku, siapa yang menandingi aku, akan aku masukkan neraka.” Wanita adalah makhluk yang lembut. Kesombongan sangat bertentangan dengan kelembutan wanita. Karena itu para isteri yang baik tidak suka mempunyai suami sombong.

12 Tertutup (Perahsia)
Nabi saw. adalah contoh suami yang baik. Tidak ada dari sikap-sikapnya yang tidak diketahui istrinya. Nabi sangat terbuka kepada isteri-isterinya. Bilabaginda ingin keluardengan salah seorang istrinya,baginda melakukan undian, agar tidak menimbulkan kecemburuan dari yang lain. Bilabaginda ingin mendatangi salah seorang istrinya, baginda meminta izin terlebih dahulu kepada yang lain. Perhatikan betapa baginda sangat terbukaterhadap para isteri. Tidak seorangpun dari mereka yang merasa dizalimi.

13: Tidak berpendirian tetap
Setiap wanita sangat mendambakan seorang suami yang mempunyai pendirian dan bertangungjawab.Tetapi bukan diktator.mempunyai alasan yang jelas dalam mengambil keputusan. Tetapi di saat yang sama ia bermusyawarah, lalu menentukan tindakan yang harus dilakukan dengan penuh keyakinan. Inilah salah satu makna qawwam dalam firman Allah: arrijaalu qawwamuun alan nisaa’ (An Nisa’:34).

14: Lemah /Tiada keyakian diri
Para isteri ingin suami yang tegas, bukan suami yang lemah. Abu Bakar Ash Shiddiq adalah contoh suami yang selalu menangis. Tetapi ia menangis bukan karenalemahmelainkan kerana sentuhan ayat-ayat Al Qur’an. Namun dalam sikap keseharian Abu Bakar jauh dari sikap lemah. Abu Bakar sangat tegar dan penuh keberanian. Lihat sikapnya ketika menghadapi para pembangkang (murtaddin), Abu Bakar sangat tegar dan tidak sedikitpun gentar.

15: Pengecut
Dalam sebuah doa, Nabi saw. minta perlindungan dari sikap pengecut (a’uudzubika minal jubn), mengapa? Sebab sikap pengecut banyak menghalangi sumber-sumber kebaikan. Banyak para isteri yang tertahan keinginannya kerana sikap pengecut suaminya. Banyak para isteri yang terseksa kerana suaminya tidak berani menyelesaikan permasalahan yang dihadapi. Nabi saw. terkenal keberaniannya. Setiapkali pertempuran Nabi selalu dibarisan paling depan. Ketika terdengar suara yang menakutkan di kota Madinah, Nabi saw. adalah yang pertama keluar danberhadapan dengansuara tersebut.

16: Pemalas
Di antara doa Nabi saw. adalah minta perlindungan kepada Allah dari sikap malas: allahumma inni a’uudzubika minal ‘ajizi wal kasal. Malas telah membuat seseorang tidak produktif. Banyak sumber-sumber rejeki yang tertutup kerana kemalasan seorang suami. Malas sering kali membuat rumah tangga menjadi sempit dan susah.

17: Tidak bertanggungjawab terhadap anak
Mendidik anak tidak saja tanggung jawab seorang isteri melainkan lebih dari itu tanggung jawab seorang suami. Perhatikan surat Luqman, di sana kita menemukan pesan seorang ayah bernama Luqman, kepada anaknya. Ini menunjukkan bahwa seorang ayah harus menentukan kompas jalan hidup sang anak. Nabi saw. Adalah contoh seorang ayah sejati. Perhatiannya kepada sang cucu Hasan Husain adalah contoh nyata, betapa beliau sangat sayang kepada anaknya. Bahkan pernah berlama-lama dalam sujudnya, kerana cucu sedang bermain-main di atas belakangnya.

18: Menang Sendiri
Setiap manusia mempunyai perasaan ingin dihargai pendapatnya. Begitu juga seorang isteri. Banyak para isteri terseksa karena sikap suami yang selalu merasa benar sendiri. Kerana itu Umar bin Khaththab lebih bersikap diam ketika isteri berbicara. Ini adalah contoh yang patut diambil. Umar beranggapan bahwa adalah hak isteri mengungkapkan kata2 pada suami. Sebab hanya kepada suamilah ia menemukan tempat mencurahkan isi hatinya. Karena itu seorang suami hendaklah selalu lapang dadanya.sebaik-baik sikap adalah mengalah dan memberi perhatian. Sebab ketika isteri ngomel ia sangat memerlukan perhatian dr suami. Ada pepetah mengatakan: jadilah air ketika salah satunya menjadi api.

19:Kurang Komunikasi
Banyak para isteri merasa sunyi ketika suami pergi atau di luar rumah. Sebaik-baik suami adalah yang selalumenghubungi isterinya . Degan mengirim sms atau membuat call. Ingat bahwa banyak masalah kecil menjadi besar hanya kerana kurang berkomunikasi dgn baik.

20 Tidakkemas dan Tidak Harum Nabi adalah contoh suami yang selalu kemas dan harum. Kerana itu para istrinya selalu suka dan bangga dengan Nabi. Ingat bahwa Allah Maha indah dan sangat menyukai keindahan. Maka kerapian sebahagian dari keimanan.


Walau tak suka macam mana pun,wanita tetap setia berkhidmat... Kerana rasa tanggungjawab dan mencari secebis pahala... Cuma kaki baran memang tiada sapa la yang mampu tahan kan... Tapi setakat sikap yang lain tu, wanita bertahan je... entry ni tak tuju kepada sesiapa...cuma sebagai renungan buat para suami semua... Kadang nampak salah isteri je... Tapi sebenarnya ada kekurangan pada diri sendiri sebagai suami... Konsep sama-sama give and take perlu diamalkan selalu dalam rumahtangga... Jika nak isteri yang solehah, maka kena la usaha untuk solehkan diri sendiri juga kan... Suami isteri masing-masing tak sempurna, kerana itu Allah temukan bersama kerana untuk saling melengkapi...Moga kita diredhai dan dirahmati Allah. Sumber: internet dan sini.
loading...