Khamis, 17 Mac 2016

Rata-Rata Pengguna Media Sosial Tidak Puas Hati Apa Bila Polis Trafik Wanita Ini Saja Dikenakan Tindakan.

Memetik sumber info, anggota polis trafik wanita itu naik angin selepas dikatakan `bodoh’ oleh rakan pengadu yang ingin membuat laporan di sebuah balai polis trafik.

Menerusi visual yang menjadi viral, anggota berkenaan yang bertugas di bahagian kaunter berang terhadap pengadu yang bukan sahaja telah menghinanya dengan perkataan tersebut malah turut bertindak merakam situasi berkenaan.

Berdasarkan perbualan, kejadian dikatakan berpunca apabila anggota terbabit meminta seorang pengadu untuk membuat laporan mengenai satu kes dipercayai melibatkan kemalangan.

Bagaimanapun, pengadu yang datang bersama beberapa lagi rakannya telah mengerumuni kaunter menyebabkan anggota tersebut menyuruh yang lain duduk di tempat menunggu.

Namun, arahan anggota berkenaan tidak diendahkan sebaliknya, salah seorang rakan pengadu telah menghina anggota itu dengan perkataan bodoh menyebabkan dia hilang pertimbangan.

Menerusi rakaman video tersebut, didapati anggota wanita itu tidak sedikit pun menggunakan kata-kata kesat terhadap pengadu dan mencadangkan supaya mereka membuat aduan di balai polis lain.

Sebagaimana yang kita maklum, menerusi kenyataan media, pihak PDRM telah mengambil tindakan terhadap polis trafik wanita tersebut. Namun begitu, ramai yang kesal apabila pengadu yang sengaja mencetuskan kekecohan itu dilepaskan begitu sahaja.

Ya, tidak dinafikan tugas sebagai polis perlu bersabar dengan pelbagai karenah. Namun begitu, sabar ada hadnya. Oleh itu, ramai netizen berpendapat kalau kita sudah dicaci maki atau dikutuk sudah tentu ia melampaui batas.

Kalau benar polis trafik wanita itu bersalah kerana tindakannya memarahi atau meninggikan suara kepada pengadu, harap pihak berkenaan juga boleh ambil tindakan kepada pengadu dan orang disebelahnya kerana menggunakan perkataan kurang sopan (polis wanita itu dakwa orang sebelah pengadu mengeluarkan perkataan ‘stupid’ kepadanya).


Rata-Rata Pengguna Media Sosial Tidak Puas HatiCerita Penuh:http://wartawan-jalanan.blogspot.my/2016/03/rata-rata-pengguna-media-sosial-tidak.html
Posted by Wartawan jalanan on 16hb Mac 2016
loading...