Rabu, 2 Mac 2016

VIDEO: Budak Berusia 2 Tahun Terjatuh Dari Van Yang Sedang Bergerak.

SUZHOU CITY, Jiangsu Province, CHINA Ahad, sebuah kamera Dashcam telah merakamkan kejadian seorang kanak-kanak kecil yang telah terjatuh dari sebuah van yang sedang bergerak.

Budak berusia 2 tahun tersebut di lihat merangkak dari tempat duduk penumpang ke bonet belakang van. Van itu dilihat sedang berhenti di lampu isyarat dan apabila lampu bertukar hijau , datuk kanak-kanak tersebut pun meneruskan pemanduannya tanpa menyedari bahawa cucunya terjatuh keluar dari van apabila bonet vannya terbuka.

Video ini menunjukkan kanak-kanak tersebut bangun semula setelah terjatuh dan berjalan seakan-akan cuba untuk mendapatkan datuknya yang terus memandu berlalu pergi tanpa menyedari bahawa cucunya tiada.

Seorang pemandu kereta yang melihat kejadian tersebut kemudiannya mengekori van tersebut dan memberitahu kepada pemandu van tersebut. Kemudiannya datuk kanak-kanak tersebut kembali ke tempat kejadian dan mengambil semula cucunya daripada orang-orang Samaria yang dinyatakannya sangat baik kerana membantu cucunya itu.

Datuk itu menerangkan bahawa tutup bonet vannya itu sememangnya mempunyai masalah kerana pintu bonet van telah longgar yang menyebabkan bonet itu senang terbuka.  

Budak Berusia 2 Tahun Terjatuh Dari Van Yang Sedang Bergerak.Berita Penuh: http://wartawan-jalanan.blogspot.my/2016/03/video-budak-berusia-2-tahun-terjatuh.html
Posted by Wartawan jalanan on 1hb Mac 2016
loading...