Jumaat, 1 April 2016

Anda Perlu Tahu Akan Bahayanya Makan Duit Atau Harta Yang Haram.

Antara sebab kita wajib menjauhi makan minum atau memperolehi harta dengan cara haram disisi Allah ialah :

1. Penyebab Bagi Tidak Dimakbulkan Doa Dalam satu hadits disebutkan:

ثُمَّ ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيْلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إِلىَ السَّمَاءِ يَا رَبُّ يَا رَبُّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ باِلحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لَهُ

“Kemudian Beliau SAW bercerita tentang seorang yg lusuh berdebu kerana jauh bermusafir menadah tangannya ke langit, sambil berdoa : Ya Tuhan Ya Tuhan. Sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya (didapat dengan cara) haram, dan (tubuhnya) membesar dengan yang haram, bagaimana mungkin dikabulkan doanya?” (HR. Muslim )

Bagaimana mungkin keinginannya akan dikabulkan. Sementara mulut yang dia gunakan untuk berdoa digunakannya pula untuk menyuap makanan yang haram, dan tubuhnya membesar dari harta yang haram.

2. Akan Masuk Neraka

Nabi saw bersabda yg artinya :

أَيُّمَا عَبْدٍ نَبَتَ لَحْمُهُ مِنْ سُحْتٍ فَالنَّارُ أَوْلَى بِهِ

“Siapa yang dagingnya tumbuh dari (makanan) haram maka neraka lebih patut baginya”. (HR. Tirmizy)

3. Membahayakan Tubuh.

Seperti arak, dadah, racun dan seumpamanya yg memudaratkan tubuh badan dan aqal serta juga keturunan. Ini jenis makanan haram yg memudaratkan manusia di dalam dunia.


Sejenis lagi ialah makanan atau minuman haram yg tidak memudaratkan tubuh badan dan kesihatan seperti nasi, roti dan seumpamanya tetapi ia dibeli dengan duit yg haram atau dari pendapatan yang haram atau usaha yg haram disisi syarak, maka ia tetap meudaratkan manusia selepas matinya yaitu disksa di dalam neraka.. Na'uzubillah.. Wallahua'lam
loading...