Jumaat, 15 April 2016

Apa Yang Ditakuti Oleh Non-Muslim Terhadap Ahmed Deedat Dan Zakir Naik.

Selain hafal Al-Quran dan beribu-ribu hadis, Ahmed Deedat (Allahu yarham) dan Zakir Naik juga menguasai Injil, Weda, Tripitaka dan Bhagavad Gita .. Mungkin inilah yang menyebabkan mereka ditakuti dunia barat dan kalangan non-Islam lain.

Dengan izin ALLAH, guru dan murid tersebut telah mengislamkan banyak orang melalui pengkoreksian isi beberapa kitab suci mereka sendiri.

Ahmed Deedat (Allahu yarham) kelihatan lebih "berani" dengan pergi ke lokasi-lokasi non-muslim, sedangkan Zakir Naik menggunakan cara yang lebih "soft" yaitu mengajak perbincangan atau debat terbuka .. Meski demikian, mereka mempunyai tujuan yang sama.

Setelah kematian Ahmed Deedat tahun 2005,  Zakir Naik meninggalkan pekerjaannya sebagai seorang doktor demi mendakwah, berjuang untuk Islam.

Zakir Naik teringat kata-kata Ahmed Deedat (Allahu yarham) semasa Ahmed Deedat sakit, beliau menangis terharu dan berkata: "aku belajar selama 40 tahun, untuk jadi sehebat ini, tapi kau hanya memerlukan masa 4 tahun untuk jadi sehebat ini".

Zakir Naik selaku Anak didiknya itu pun menjawab: "jika aku tidak mendapat asas 40 tahun yang kukuh darimu, aku akan berjuang 44 tahun lamanya.

Semoga ALLAH redhai perjuangan mereka, agar kelak dapat terlahir pejuang-pejuang Islam yg mampu meneruskan jihadnya.
loading...