Rabu, 20 April 2016

KAJIAN: Lelaki Kahwin Wanita Bijak, Hidup Lebih Lama & Bahagia!

Setiap lelaki mesti ada ciri-ciri wanita yang mereka inginkan. Ada lelaki nak wanita cantik, bijak, lemah lembut dan macam-macam lagi.

Tapi, rasanya ramai lelaki memilih untuk berkahwin dengan wanita yang cantik tapi tak bijak. ‘BIMBO’ la tu!

Bagi lelaki yang berkahwin dengan wanita bijak, anda di kalangan orang yang beruntung. Nak tahu sebab apa?

Menurut kajian, lelaki yang berkahwin dengan wanita yang bijak, mereka akan hidup lebih lama, sihat dan lebih bahagia.

Kajian juga mendapati, lelaki yang berkahwin dengan wanita pintar berisiko rendah untuk mendapat penyakit Alzheimer dan Demensia.

Profesor Lawrence Whalley dari University of Aberdeen Lawrence Whalley, mendedahkan, wanita yang sentiasa merangsang otak lelaki, dapat membantu mereka dari hilang daya ingatan dan mencegah demensia.

Tambahnya lagi, faktor persekitaran menyebabkan seseorang berisiko menghidap demensia.

So, untuk kaum lelaki, kahwinlah dengan wanita bijak dan cantik. Bukan wanita cantik tapi ‘bimbo’. Nanti semua benda dia tak tahu.
loading...