Isnin, 25 April 2016

Salah Orang!!! Suspek Dituduh Mencuri Cedera Dipukul Ramai-ramai.

Tarikh : 23/4/2016 Masa : 5.00 petang,
Lokasi : Perumahan PPR Kuala Terengganu
Kes : Suspek Mencuri Cedera DiPukul Ramai-ramai

Seorang remaja 20-an cedera dibelasah oleh orang awam di perumahan PPR Hiliran Kuala Terengganu. Pada awalnya, remaja itu disangka telah mencuri di Bangunan Blok C flat PPR Hiliran, dan berjaya ditangkap di bahagian Blok B. Tanpa usul periksa, beberapa penduduk Blok B telah membelasah dan memukul remaja terbabit hingga mengalami kecederaan.

Selepas diserahkan kepada pihak berkuasa barulah cerita sebenarnya diketahui. Remaja ini dikatakan telah dikejar dan dipukul dari Pasaraya Giant lagi akibat cubaan mencuri (keluar tanpa membayar terlebih dahulu). Bagaimanapun, selepas ditegur oleh kakitangan Giant, remaja tersebut telah membayar harga barang yang diambil.

Masalah mula timbul apabila remaja terbabit keluar membawa barang tanpa plastik, kerana pihak Giant tidak menyediakan plastik barangan pada setiap hari Sabtu. Plastik hanya akan disediakan sekiranya pelanggan bersetuju membayar RM0.20 untuk setiap bakul plastik yang diminta. Keadaan ini telah menimbulkan salah sangka dari pelanggan lain yang tidak tahu cerita sebenar. Mereka kemudiannya telah menegur dan menuduh remaja terbabit sebagai pencuri.

Akibat tidak puas hati, remaja ini telah memukul pelanggan Giant tadi. Ketika inilah keadaan mula hilang kawalan. Pelanggan lain yang berdekatan turut sama memukul remaja tadi, dan ini mendorong remaja tadi melarikan diri ke flat PPR yang bersebelahan dengan pasaraya Giant.
loading...