Rabu, 6 April 2016

Video Majlis Bandaraya Melaka Diserang Gengster Kedai Judi Menggunakan Samurai

Satu video sepanjang 2.12 minit Mula Tersebar Di Facebook apabila pihak Majlis Bandaraya Melaka (MBMB) menyerbu Sebuah Kedai Judi haram di taman asean melaka, pada 5.4.2016

Tindakan (MBMB) menyerbu kedai berkenaan, tidak disenangi pihak penjaga kedai tersebut, malah pihak penjaga kedai judi haram berkenaan telah bertindak kasar terhadap pengguat kuasa yang sedang berjalankan tugas.

Salah seorang penjaga kedai judi berkenaan telah menggeluarkan sebilah parang panjang bertujuan menakut-nakutkan pengguat kuasa (MBMB), mereka juga telah menghalang jalan keluar agar lori menbawa mesin judi tidak dapat bergerak keluar.

Kini sudah tiba masanya pihak berkuasa manggambil tindakan tegas terhadapkedai-kedai judi agar mereka tidak besar kepala sanggup bertindak biadap terhadap pengguat kuasa.

MELAKA - Dua anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) cedera selepas ditumbuk oleh tiga lelaki, ketika menjalankan operasi di sebuah pangsapuri di Bandar Hilir dalam kejadian petang semalam.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 5 petang itu, anggota berusia 30-an cedera di bahagian badan dan dahi ketika bergelut dengan kumpulan lelaki tersebut di hadapan premis yang disyakit menjadi tempat penyimpanan peralatan perjudian.

Kedua-dua anggota terbabit membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Baru susulan kejadian.

Pengarah Perundangan dan Penguatkuasaan MBMB, Hazudin Hashim, berkata ketika kejadian, anggotanya selesai memunggah 70 set komputer riba yang dirampas ke dalam lori pihak majlis.

"Ketika hendak beredar, tercetus sedikit pergaduhan apabila tiga lelaki menggunakan sebuah kereta cuba menghalang lori MBMB. Insiden kira-kira 45 minit itu turut menyebabkan anggota penguat kuasa cedera ditumbuk di bahu dan dahi," katanya sebagaimana lapor BH Online.

Operasi terbabit bermula jam 2.30 petang yang membabitkan 30 anggota serta kakitangan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan TNB yang bertumpu di empat lokasi sekitar Taman Melaka Raya.


113 unit komputer riba, dua pedang dan parang serta cota dirampas menerusi operasi tersebut.

Video Majlis Bandaraya Melaka Diserang Gengster Kedai Judi Menggunakan SamuraiBerita Penuh: http://wartawan-jalanan.blogspot.my/2016/04/video-majlis-bandaraya-melaka-diserang.html
Posted by Wartawan jalanan on 5hb April 2016
loading...