Khamis, 21 April 2016

Video!!! Suami Ikat Tangan Isteri Di Bonet Kereta, Kerana Berlaku Curang.

Baru-baru ini banyak sangat kes melibatkan pasangan curang berlaku di dalam negara mahu pun luar negara, yang paling teruknya cara mereka menghukum pasangan hidup mereka.

Ini yang berlaku di Costa Rica, cara si suami menghukum isterinya apa bila kantoi curang bersama lelaki lain, yang di laporkan Harian Metro.

San Jose, Costa Rica: Seorang lelaki mengikat isterinya pada bonet kereta dan memandu di jalan raya yang sibuk sebagai pengajaran selepas wanita itu berlaku curang.

Kejadian itu dirakam seorang pejalan kaki yang terkejut melihat sebuah kereta melalui satu jalan dengan seorang wanita terikat di atas bonet.

Tindakan lelaki itu juga menyebabkan sebuah lagi kereta terbabas ke bahu jalan selepas mengelak kenderaannya yang dipandu laju.

Dalam video berkenaan, jelas kedengaran suara wanita itu menjerit meminta tolong serta merayu suaminya supaya berhenti.

Bagaimanapun, lelaki itu terus memecut keretanya dan memandu ke jalan raya yang sibuk walaupun isterinya menjerit meminta tolong.
loading...