Jumaat, 8 April 2016

Video Wanita Diheret Peragut DI Family Store Jasin Melaka.

Melaka: Wanita cedera di beberapa bahagian badan termasuk bahu dan kaki selepas diseret kira-kira 10 meter dalam kejadian samun, di pasar raya di Jasin, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian 9.45 pagi, wanita berusia 40-an itu dikatakan baru selesai membeli belah dan menuju ke keretanya.

Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Sampornak Ismail berkata, kejadian berlaku apabila mangsa yang melalui lorong berhampiran pasar raya itu didatangi Proton Waja dinaiki dua lelaki.

"Sebaik menghampiri mangsa, suspek yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan menarik beg tangan mangsa.

"Mangsa yang cuba pertahankan begnya daripada dilarikan kemudian diseret kira-kira 10 meter sebelum terjatuh di atas jalan," katanya.

Menurutnya, suspek bagaimanapun gagal melarikan beg berkenaan dan mangsa menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Berita Penuh: http://wartawan-jalanan.blogspot.my/2016/04/video-wanita-diheret-peragut-di-family.html
Posted by Wartawan jalanan on 7hb April 2016
loading...