Isnin, 30 Mei 2016

Ayah Terpaksa Mendukung Mayat Anaknya Kerana Tiada Duit Membayar Van Jenazah

Hampir keseluruh rakyat jelata seperti ditampar atas kisah seorang ayah yang terpaksa mendukung jenazah anaknya yang berumur 5 tahun kerana tidak mampu membayar van jenazah.

Kejadian ini berlaku di negara jiran” suprianto” pekerjannya menggutip sampah, hidup miskin dengan dua anak satu Lelaki dan satu perempuan.

Menurut cerita, suprianto bakal membawa jenazah anak kecilnya dari keramat ke bogor kampung pemulung.

Difahamkan anaknya Khaerunisa sudah 4 hari mengalami muntah-muntah dan buang air besar, dia telah membawa anaknya ke kelinik untuk pemeriksaan, namun hanya sekali kerana dia tidak mempunyai duit, apatah lagi untuk membawanya ke hospital, tentu ia akan memakan biaya yang lebih mahal.

“Saya hanya kerja sebagai pengutip kotak, botol pelastik yang hanya berpendapatan rp 10.000 (rm 2.50) sehari. ujarnya.

Ayahnya yang berharap anak kecilnya itu sembuh dengan sendirinya, selama anaknya itu sakit,  dia hanya di letakkan di gerabak motor bapanya kerana mereka tidak mempunyai rumah.

Kerana tidak dapat melawan penyakit, akhirnya gadis kecil itu selang beberapa hari telah meninggal sekitar jam 7 pagi, anaknya Meninggal di pelukan bapanya di atas gerabak dicelah-celah kotak dan botol pelastik yang berbau.

Tidak ada yang tau, tidak ada yang peduli, hanya mereka ayah dan abang Khaerunisa muriski 6  tahun.

Duit di dalam poket hanya rm1.50  memang tak cukup untuk membeli kain kafan untuk membungkus jenazah anaknya itu, jauh sekali untuk menyewa van jenazah

Ayah serta anak lelakinya menolak gerabak itu sepanjang perjalanan untuk sampai ke stesen KRL yang menuju ke Bogor berharap ada orang yang akan membantunya, kerana dia mahukan jenazah anak kecilnya itu di kebumikan di Bogor tanah kelahiran mereka kampung pemulung. Dia amat berharap sumbangan daripada orang ramai untuk menampung pembiayaan pengebumian anaknya itu.

Jam telah menunjukkan pukul 10.00 a.m dan ketika itu cuaca telah mula panas maka  ayahnya telah membungkus jenazah anaknya itu dengan menggunakan kain batik usang yang di simpannya  bagi melindungi jenazah anaknya itu dari panas terik matahari, dia membalut jenazah anaknya itu dengan membiarkan  kepala jenazah anaknya itu di biarkan terbuka sedikit lalu dipeluk dengan erat, seorang peniaga yang melihat keadaan anaknya itu menanyakan kenapa dengan anaknya itu.


Ayah kepada anak kecil tersebut memberitahu kepada peniaga tersebut bahawa anaknya itu telah meninggal dunia dan dia dalam perjalanan ke Bogor untuk tujuan mengebumikan anaknya itu di situ. Orang ramai yang melihat kejadian  menyuruh agar dia membawa anaknya itu ke balai polis terlebih dahulu

Dia meminta pihak polis menghantar jenazah anaknya itu ke kampung dengan segera supaya jenazah anaknya itu segera di kebumikan di kampung pemulung namun, polis tidak mempercayainya dan meminta dia mengemukakan surat permohonan pemindahan jenazah ke RSCM.

Dia hanya mampu bersandar di tembok dinding balai polis untuk menunggu surat permohonan  pemindahan jenazah itu lulus sambil melihat jenazah anak kecilnya yang terbujur kaku.

Anak lelakinya yang masih kecil juga masih tidak tahu apa yang sebenarnya telah terjadi dan masih cuba mengejut jenazah adiknya itu agar bangun bermain dengannya.

Surat permohonannya itu telah di luluskan oleh RSCM pada pukul 4 p.m namun dia tidak mempunyai duit untuk menyewa van jenazah. Ayahnya itu terpaksa berjalan kaki sambil menolak gerabak yang diletakkan jenazah anaknya itu sejauh 10 kilometer, beberapa orang awam yang melihat memberikan sedikit sumbangan untuk dia membeli kain kafan.

Peniaga di sekitar RSCM juga memberikan Makanan dan minuman kepadanya. Tidak lama selepas itu seorang penunggang motorsikal dengan sukarela menghulurkan bantuan dan menghantar dia menaiki motorsikal ke Bogor kampung pemulung.

Psikologi Sartono Mukadis menangis setelah mendengar cerita ini dan mengaku benar-benar terpukul dengan peristiwa yang sangat tragis tersebut kerana undang-undang pemerintah ketika ini membuatkan masyarakat sudah tidak lagi ambil berat terhadap sesama mereka.

“Peristiwa ini adalah dosa masyarakat yang seharusnya bertanggung jawab bagi membantu menguruskan jenazah Khaerunisa. E-Berita.org
loading...