Rabu, 25 Mei 2016

Cerita Sebenar “Gadis Bertudung Jual Nasi Lemak Babi Buncit” Yang Jadi Viral Di Media Sosial.

Gambar seorang gadis bertudung yang menjual nasi uduk (lemak) babi buncit mulai viral sejak semalam,apabila gambar itu di muat naik oleh seorang pengguna laman media sosial .

Ahmad Al Muhajir mengaku sendiri telah menangkap gambar itu pada Hari ahad di depan sebuah gereja, tidak menunggu lama, gambar itu terus menjadi perdebatan natizen.

Tanpa periksa kesahihan cerita, ramai natizen yang menyangka bahawa gadis tersebut dituduh sebagai seorang kafir dan sengaja mahu merosakkan nama islam, dengan berlakon memakai tudung sambil menjual Nasi uduk babi buncit.

Sebelum gambar ini tersebar luas dan menjadi fitnah, pihak kami akan mengemukakan fakta-fakta kejadian sebenar yang berlaku kepada wanita penjual “nasi uduk babi buncit” ini.

1.Pemilik kedai nasi uduk babi buncit.

Pemilik kedai nasi uduk babi buncit adalah Oey Cecilia dan Tommy. untuk pengetahuan umum pasangan ini adalah berketurunan tiong hoa dan penganut agama krites Kharismatik.

2.Wanita bertudung itu memang benar seorang muslim.
Seorang pengguna media sosial yang perihatin melakukan penyiasatan atas tersebarnya gambar tersebut, beliau pun mengatakan bahawa sudah bertemu dengan gadis itu.

Gadis itu mengaku bahawa ia adalah seorang muslim, jadi tuduhan kafir dan lakonan untuk memburukkan nama agama islam adalah tidak benar. katanya.

Pengakuan wanita bertudung jual nasi uduk babi buncit.

Gadis tersebut mengaku bahawa dirinya terpaksa kerja di kedai tersebut kerana dia kesempitan hidup.dia memerlukan pekerjaan untuk menyara keluarga, kebetulan pemilik kedai itu adalah orang yang dikenalinya.

Gadis itu juga mengaku bahawa sebelumnya dia pernah bekerja sebagai pembantu rumah dengan majikan tersebut.

Hinggalah dia di jadikan sebagai pembantu kedai nasi lemak babi itu, dia pun sanggup kerana gajinya semasa menjadi pembantu rumah langsung tidak mencukupi untuk menyara keluarganya.

Gadis itu berpendapat dia tidak berdosa jika tidak menyentuhnya  dan memakannya.

Pemilik kedai minta maaf setelah dikecam natizen kerana menjadikan muslimah pekerja di kedai nasi uduk babi.

Setelah pengakuan gadis tersebut, membuatkan natizen Faham, kemudian natizen mula mengecam pemilik kedai tersebut yang di anggap tidak menghormati agama islam, pemilik kedai tersebut pun turut meminta maaf.

“Kami ingin meminta maaf kepada muslim, yang merupakan pekerja kami dan juga saudara saudara penganut agama islam lainnya”

“Gadis itu ketika kerja tidak memegang, mengambil dan memakan daging babi, dia bekerja atas kemahuan sendiri, kami tidak memaksanya”

“Pada saat mengambil daging babi , saya yang melakukannya, kadang-kadang isteri dan mertua saya. Pembasuhan kelengkapan masakan yang kotor bekas yang mengandungi babi juga kami cuci sendiri, bukan muslimah itu”katanya.

Pemilik kedai nasi lemak babi itu juga mengatakan bahawa mereka sekeluarga tidak bermaksud menghina atau merendahkan agama islam, serta langsung tidak pernah terfikir untuk membezakan agama, sungguh kami tidak terfikir akan hal seperti ini akan terjadi.

“Sekali lagi kami minta maaf atas apa yang terjadi,semoga apa yang saya sampaikan boleh menghentikan fitnah yang sudah tersebar luas di media sosial dan boleh menghentikan perasangka buruk kepada kedua-dua belah pihak, katanya.

Gadis bertudung tersebut telah pun mendapat tawaran kerja baru dengan gaji dua kali ganda

Insan yang perihatin, yang tidak mahu dikenali ramai,rupanya secara diam-diam telah mengikuti perkembangan isu “gadis tudung jual nasi uduk babi”

Hal itu di kongsikan sendiri oleh gadis tersebut bahawa dia telah mendapat tawaran kerja daripada seseorang dan menawarkan upah dua kali ganda dari gaji yang diterimanya sekarang.

“Alhamdulillah..sekarang saya di tawarkan kerja yang lebih baik dengan gaji dua kali ganda,seperti kata pepatah di setiap dugaan ada kebaikan yang kita tidak tahu dimana letaknya kebaikan tersebut”

Saya benar-benar terdesak dan sangat memerlukan pekerjaan, hanya itu pilihan saya masa itu, saya minta maaf banyak-banyak dan terima kasih atas keperihatinan semuanya, katanya. Lokasi Jakarta Barat

Allah berfirman:

Janganlah kamu mengikuti apa-apa yang kamu tidak mengetahui kesahihan tentangnya, sesungguhnya lisan, pendengaran, penglihatan dan hati akan di minta bertanggung jawab.-E-berita.org
loading...