Selasa, 3 Mei 2016

Gadis Melayu Teruk DiKecam Netizen Kerana Berkahwin Dengan Bangla.

PERKHAWINAN merupakan sunnah Rasulullah SAW dan digalakkan di dalam Islam untuk memperoleh anak atau keturunan serta menjaga diri daripada melakukan perkara haram seperti berzina dan sebagainya.

Perkahwinan campur melibatkan penyatuan dua insan daripada golongan berbeza sama ada berlainan agama atau kaum, mahupun kewarganegaraan.

Perkahwinan campur bukan lagi perkara asing di Malaysia. Perkahwinan antara Melayu dan Cina telah berlaku sejak zaman Sultan Mansur Shah dan Puteri Hang Li Po lagi, iaitu pada kurun ke-15.

Hang Li Po datang ke Tanah Melayu bersama Laksamana Cheng Ho yang beragama Islam juga berserta 500 pengiring perempuan.

Pengiring-pengiring puteri Hang Li Po yang ketika itu menetap di Bukit Cina akhirnya berkahwin dengan orang tempatan dan menghasilkan keturunan baba dan nyonya.

Satu daripada hikmah kahwin campur adalah mewujudkan dan merapatkan hubungan silaturahim antara kaum atau bangsa yang berlainan.

Kahwin campur dapat meningkatkan keharmonian antara kaum kerana generasi yang lahir daripada perkahwinan campur kebiasaannya berfikiran terbuka terhadap budaya lain serta tidak bersikap perkauman.

Selain itu, pasangan dan ahli keluarga yang terlibat juga akan mempelajari dan memahami adat dan tradisi kaum lain. Maka, mereka akan lebih hormat-menghormati antara satu sama lain.
loading...