Sabtu, 7 Mei 2016

Kejam!!! Video Mata Seorang Kanak-Kanak Di Korek Dengan Sudu Oleh Pencuri Organ.

China, satu kejadian yang menggemparkan seluruh China apabila tersebarnya berita seorang budak lelaki di culik hanya untuk tujuan mengambil organ matanya dan kemudiannya selepas mengambil organ mata kanak-kanak tersebut di tinggalkan begitu sahaja dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Ibu bapa kanak-kanak malang tersebut yang di temui menceritakan bagaimana detik menyayat hati itu berlaku.

Kanak-kanak tersebut di culik oleh seorang wanita yang tidak di kenali sewaktu dia sedang bermain di luar rumah seorang diri. Ketika kejadian ibu mangsa sedang menyiapkan makan malam buat mereka sekeluarga.

Ketika sampai waktu makan malam ibu mangsa menyedari akan kehilangan anaknya itu.Ibu mangsa terus memberitahu kepada bapa mangsa. Bapa mangsa serta beberapa orang lain lagi keluar mencari kanak-kanak tersebut.

Kanak-kanak malang tersebut di temui di kawasan semak dalam keadaan tidak sedarkan diri serta seluarnya dipenuhi darah akibat daripada kecederaan di matanya yang dipercayai dikorek dengan hanya menggunakan sudu.

Penculik anaknya itu hanya menculik anaknya itu hanya untuk tujuan pengambilan organ matanya sahaja sebelum meninggalkan kanak-kanak tersebut dalam keadaan tidak sedarkan diri yang mungkin telah diberikan sesuatu bahan yang menyebabkannya pengsan sebelum mencungkil biji matanya.

Bapa mangsa terus membawa anaknya itu ke hospital bagi rawatan lanjut. Kejadian ini amat sukar diterima serta amat meyedihkan bagi mereka sekeluarga. Betapa kejam orang yang melakukannya terhadap anaknya itu.

Kejadian ini dipercayai di dalangi oleh sindiket penjualan organ manusia secara pasaran gelap. Kes ini masih dalam siasatan polis.
loading...