Rabu, 1 Jun 2016

Majikan Berhak Halang Wanita Islam Bertudung.

GAMBAR HIASAN
LUXEMBOURG: Penasihat kanan Mahkamah Keadilan Eropah berkata majikan dalam blok Kesatuan Eropah (EU) boleh melarang pekerja wanita Islam memakai tudung ketika bertugas, kerana ia berdasarkan peraturan umum syarikat yang melarang penggunaan simbol agama secara jelas di tempat kerja.

Juliane Kokott mengeluarkan pandangan itu selepas mahkamah di Belgium meminta penjelasan mengenai apa yang dilarang dalam undang-undang antidiskriminasi EU.

Dalam kes di Belgium, Samira Achbitam, dipecat daripada daripada jawatannya sebagai penyambut tetamu oleh syarikat keselamatan selepas bertegas untuk bertudung.

Achbita kalah dalam samannya di dua mahkamah di Belgium dan kini dibicarakan di Mahkamah Tinggi, yang meminta pandangan mahkamah EU.

"Pekerja tidak boleh menukar jantina, warna kulit, keturunan, kecenderungan seks dan usia, tetapi mereka boleh mengurangkan amalan agama masing-masing di tempat kerja.

"Larangan bertudung mungkin wajar untuk menguat kuasakan pengecualian dasar agama dan ideologi yang dibuat majikan," kata Kokott. - Berita Harian Online
loading...