Isnin, 16 Mei 2016

Pengantin Wanita Meninggal Selepas Di Ijab Kabulkan.

Sedih bercampur pilu, itulah yang di rasakan oleh keluarga pengantin wanita Rani yang disahkan meninggal dunia setelah di ijab kabulkan dengan seorang lelaki bernama Kais Putra Prayoga di Jawa Barat kelmarin kira-kira jam 10 pagi.

Mengikut sumber terdekat  Rani dan suaminya telah bercinta selama 5 tahun sebelum melangkah ke jinjang perkahwinan.

Kedua belah pihak keluarga telah menyebarkan undangan pada bulan Mei ini. Setelah sampai tarikh yang di tetapkan, majlis yang awalnya meriah dengan senda gurauan dan ketawa tiba-tiba bertukar menjadi  pilu apabila Rani di sahkan meninggal dunia setelah suaminya selesai melafazkan ijab kabul.

Menurut keterangan ahli keluarga Rani ada mengadu sakit beberapa hari sebelum majlis akad nikah, namun tidak diketahui sakit apa yang dialami oleh Rani. Meskipun begitu Rani menguatkan semangatnya kerana hari yang ditunggu-tunggu semakin hampir.

Terdapat  banyak  kenyataan yang telah  Rani kongsikan di akaun facebooknya sejak April lalu dilihat beberapa kali memuat naik status yang menyatakan dirinya sedang berusaha untuk sembuh.

Antara status yang di muat naik adalah seperti “Berikanlah kesembuhan padaku semula Ya Allah”jangan biarkan aku terlalu lama dalam kesakitan ini” tulis Rani lalu.

Tidak hanya itu Rani pun sempat memuat naik status berharap dia benar-benar diberikan  kesihatan yang baik  di hari bahagianya walaupun sekejap. Harapan dan doa tersebut di tulis di akaun facebooknya.

Sementara itu suami Rani, Kais Putra Prayoga masih tidak percaya dengan takdir yang telah menimpanya.

Beliau sempat memuat naik status di akaun facebooknya, menyatakan bahawa dia masih tidak dapat menerima kenyataan dan masih tidak percaya bahawa isterinya Rani telah meninggal dunia.

Naizen yang ikut berdukacita terutama rakan-rakannya tidak berhenti  memberikan  kata semangat pada Putra supaya tabah menghadapi dugaan ini.

Salah seorang rakannya telah memberikan komen di akaun facebooknya supaya Ikhlaskan sahaja pemergian isterinya kerana syurga isteri terletak di keredhaan suaminya.

Bagaimanapun majlis yang sepatutnya meriah itu dengan kerusi tersusun rapi serta pelamin yang sudah di hias dengan indahnya menjadi saksi bisu atas bukti tragedi itu. Facebook Suami
loading...