Selasa, 31 Mei 2016

Rita Sah Dihukum Gantung Sampai Mati Oleh Makamah.


George Town: Rita Krisdianti 28 yang ditahan pihak polis pada 10 julai 2013 lalu kini telah dijatuhi hukuman gantumg sampai mati semalam 30.05.2016 oleh Mahkamah tinggi  George Town, Penang setelah kesnya ditunda sebanyak 18 kali.

Dalam beberapa kali pertundaan yang berlaku sebelum ini, rita  menafikan dengan sengaja membawa barang berisi dadah tersebut, dia mengaku bahawa dirinya menjadi mangsa perdagangan dadah.

Menurut Laporan Media indonesia president joko widodo gagal untuk membantu dan melindungi warganya, daripada dihukum gantung sampai mati oleh makamah malaysia.

Manakala Buruh Migran Jakarta, Lily Djatmiko  memberitahu kes rita adalah contoh kecil dari ramai-ramai  pekerja indonesia di luar negara yang bernasib malang kerana menjadi mangsa perdagangan dadah.

Sebelum ini menurut pengakuan rita, dia berkerja di PT Putra Indo sejahtera (PT PIS) dan dihantar ke Hong Kong pada Januari 2013, belum genap tiga bulan bekerja, Rita kembali ke agensi di Hong Kong yang menghantarnya ke Makau untuk menunggu kelulusan visa  pekerjaan.

Pada Julai 2013, Rita kembali ke Indonesia kerana sudah tiga bulan berada di Makau dengan perkerjaan yang tidak tetap. ketika hendak pulang, salah seorang temannya menawarkan pekerjaan sampingan berupakan perniagaan kain sari dan pakaian.

Rita kemudian diarah terbang ke New Delhi, India, untuk mendapakan kain sari tersebut. Ia sempat bermalam di New Delhi.

Di sana ada seseorang memberi beg berwarna hitam, katanya berisi pakaian kian sari, Rita diminta membawa bag tersebuat ke Penang, Malaysia, kerana ada orang yang akan mengambil beg tersebut.

Sampainya di lapangan terbang Internasional Bayan Lepas, Penang, pada 10 Juli 2013, Rita ditangkap pihak polis Diraja Malaysia kerana beg tersebut ternyata berisi dadah jenis sabu seberat 4 kg. E-berita.org
 
loading...