Sabtu, 11 Jun 2016

Biadap! ! Doktor Di Hospital Gelakkan Pesakit Yatim Meninggal Dunia.

Seorang gadis remaja 13 tahun meninggal dunia setelah menjalani pembedahan usus,  yang disyaki mangsa kecuaian doktor pengganti yang baru mencari pengalaman dalam bidang perubatan.(malaperaktek)

Setelah kisah Angela dikongsi dalam laman media sosial, ramai natizen turut menyatakan rasa simpati kepada kakak mangsa Esra.

Sekeping gambar yang di muat naik di akaunnya dengan tulisan,”saya mencium dan memeluk adik saya yang sudah tidak bernyawa”

Dengan tanda marah” kenapa ada doktor sangup ketawa ketika gagal menyelamatkan pesakit?

“Disaat kami menangis mereka ketawa sambil mengatakan“orang yang dah mati tak payah di panggil ,dia dah mati dah pun”sungguh biadap doktor hospital pandan! ! tulis esra.

Status yang awalnya biasa itu tiba tiba meletup seperti bom hingga menjadi perhatian media.

Menurut kakak mangsa Esra, Dia membawa adiknya kehospital tersebut untuk berubat kerana adiknya demam, bukan sebab masalah usus. Pada ketika itu angela dikatakan masih boleh berjalan ketika masuk ke hospital pandan medan sumatra utara pada rabu 08.06.2016

Setelah pihak hospital membuat pemeriksaan dan menyatakan bahawa mangsa mengidap usus buntu dan harus melakukan pembedahan dengan segera, pihak keluarga pun setuju kerana desakan dokter. akan tetapi selepas sehari membuat pembedahan keadaan mangsa semakin teruk hingga akhirnya meninggal dunia dengan bekas pembedahan disepanjang perut.

Disyaki kematian angela yang merupakan anak yatim sejak berumur 3 bulan adalah kecuaian doktor pengganti yang baru saja mencari pengalaman dalam bidang perubatan.

Akan tetapi pihak hospital pandan menafikan perkara tersebut dan mengatakan ketika mangsa di bawa ke hospital keadaannya sudah teruk dan ususnya sudah pecah.

Bagaimanapun kakak mangsa terus membuat laporan polis dibalai setempat untuk segera menyiasat hospital pandan tersebut, manakala jasad mangsa di bawa ke hospital brimob medan untuk segera di bedah siasat.
loading...