Rabu, 1 Jun 2016

Kisah Perjalanan Hidup Rita Dari Kampung Hingga Ketali Gantung.

Suasana sedih ketika pertemuan Poniyati ibu Rita Krisdianti 28,  wanita yang di jatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh  mahkamah tinggi Pulau Penang setelah di dapati bersalah dalam kes sindiket dadah antarabangsa.

Ibu kepada Rita dalam lawatan terakhirnya pada bulan Februari lalu terus memeluk anak gadisnya yang sudah lama tidak bertemu, semenjak pemergian Rita pada tahun 2009 dia tidak pernah balik kekampungnya di ponorogo indonesia.

Bukan hanya ibunya sahaja malah ayah Rita juga turut menitiskan air mata yang masih tidak percaya bahawa anaknya itu terjebak dalam sindiket dadah antarabangsa.

Kami sekeluarga masih tidak percaya”anak saya di perangkap, dia bukanlah seorang pengedar dadah”katanya

Hidup dalam keluarga yang miskin membuatkan Rita berniat untuk membahagiakan kedua orang tua, itulah yang membuatkan Rita Krisdianti mahu menjadi tenaga kerja wanita indonesia untuk memenuhi keperluan kehidupan keluarganya di ponogoro.

Perjalanan hidup Rita menjadi TKW  bermula pada tahun 2009 di Taiwan dengan syarikat Penempatan Tenaga Kerja Indonesia Swasta ( PPTKIS) Asa Muli Indoman Power dan di hantar ke Singapura pada 2010 dengan PPTKIS Ciptakarsa Bumi Lestari.

Akhir tahun 2011 Rita kemudiannya diterbangkan ke China dan Hong Kong, namun tidak mendapat visa kerja dan pekerjaan yang tetap.

Hampir dua tahun dengan pekerjaan yang tidak tetap di Hong Kong, Rita kemudian berpindah ke Makau dan berniat mahu balik kembali ke kampungnya.

Di Makau Rita duduk disebuah rumah sewa milik IW, dan berkenalan dengan ES dan RT

Ketika di dalam kesulitan itu rita menceritakan kesusahan mendapatkan pekerjaan yang dihadapinya dan mahu balik ke indonesia kepada ES dan RT , Kemudian keduanya menawarkan pekerjaan sambil balik kampung kepada Rita dengan jumlah gaji yang cukup lumayan dan akan menanggung segala kos perjalanan pulang ke kampung.

Sebagai peniaga sari sutera dan meminta Rita membawa barang pesanan dari Thailand. perjalanan pertama Rita perlu pergi ke New Delhi, India untuk mengambil barang jualan kemudian di bawa ke Malaysia melalui Penang selanjutnya di Penang barang itu akan di ambil oleh seseorang.dan Rita boleh balik ke indonesia dari sana.

Rita kemudian menerima tawaran itu, sekaligus bagi Rita pekerjaan itu memudahkan dirinya untuk balik kekampung, oleh sebab itu dia hanya di tugaskan untuk balik ke Indonesia melalui laluan yang ditetapkan oleh ES.

Pada 9 Julai 2013 Rita bersama ES terbang dari Makau Hong Kong ke New delhi india.sampai di sana keduanya bermalam di sana satu malam .

Es berpesan akan ada sepasang kekasih yang akan datang mengambil beg tersebut sebelum berangkat dengan penerbangan yang di tetapkan. Setelah itu Es pergi , sejak dari pada itu Rita mengatakan bahawa dia tidak dapat menghubungi Es lagi.

Tidak lama selepas itu Rita di datangi Pasangan lelaki dan wanita berwarga negara Nigeria dimana wanita itu memperkenalkan dirinya sebagai Nita.

Nita dengan Rita kemudiannya menginap satu malam, manakala lelaki berkulit gelap itu pergi meninggalkan mereka.

Pada 10 julai 2013, lelaki berkulit gelap itu kemudian datang semula dan menyerahkan dua beg kepada Nita dan Rita.

Nita berpesan kepada Rita bahawa selepas sampai di Penang akan ada orang yang akan mengambil beg tersebut dan membawa ke Thailand.

Kemudian Rita terbang ke Malaysia terlebih dahulu kemudian di susuli  oleh Nita.begitu pun setelah sampai di Penang, seorang anggota polis Diraja Malaysia telah menangkap Nita dan Rita kerana beg mereka berisi dadah jenis syabu dengan jumlah 4 Kilo seorang.

Kes Rita sebenarnya telah dibentangkan sejak tahun 2013 dengan 18 persidangan sampai 30.05.2016, sengaja tidak dihebohkan media tempatan kerana permintaan ahli keluarga sejak dulu.

Bagaimanapun peguam Rita turut menunjukkan fakta-fakta bukti seperti kunci beg tidak dimiliki Rita berserta pengakuan Rita, tenyata tidak cukup untuk membuatkan hakim meringankan hukuman Rita yang telah diperangkap sehingga di sabitkan Akta 39B Dadah Berbahaya Tahun 1952 dengan sabit kesalahan boleh di kenakan hukuman gantung sampai mati.

Anis selaku peguam bela Rita juga mengaku bukan perkara mudah memohon bagi meringankan hukuman gantung sampai mati yang di jatuhkan kepada rita, perlu kegigihan dan membentangkan bukti-bukti kukuh didepan hakim selain dari memerlukan peluang untuk itu.


Sememangnya hukum negara Malaysia sangat mengambil berat tentang jenayah dadah, itu tentunya yang harus kami hormati.katanya.

Beberapa pembelaan dari kedutaan indonesia di Penang juga di kemukakan untuk mendekati hakim namun perkara itu  hanya menemui jalan buntu , Hinggalah 30 Mei 2016 iaitu kelmarin Rita Krisnawati dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Penang Malaysia. 
loading...