Selasa, 28 Jun 2016

Marah Disuruh Solat Jumaat, Remaja Tikam Dan Bakar Ibu Kandung Hidup-Hidup

BUKIT TINGGI: Hanya kERAna disuruh malaksanakan solat jumaat, seorang remaja lelaki taufik hidayat 16 tahun sanggup menikam dan membakar ibu kandungnya hidup-hidup hingga maut.

Kejadian yang berlaku jumaat tengah hari menjelang solat jumaat, mangsa Eni Derma 55 yang merupakan seorang guru sekolah menengah ditemuI mati terbakar di bawah pokok belakang rumahnya di kampung jorong giriang-giriang, bukit tinggi, sumatra barat. indonesia.

Mayat mangsa pertama kali ditemui oleh anak keduanya Rezki Wahyudi 25 ketika balik dari solat jumaat dia melihat percikkan darah di pintu belakang rumah mereka yang dalam keadaan terkunci.

Rezki pun akhirnya masuk melalui pintu depan dan melihat adiknya lari kedalam bilik mandi. rezki cuba memanggil ibunya dan mencari ke bahagian bilik dan dapur.

Di bahagian dapur rumah mereka rezki terlihat percikkan darah dan melihat api sedang marah di bawah pokok coco,Ia kemudian mendekati dan  memadamkan api tersebut,alahkah terkejutnya ia apabila melihat  yang terbakar itu adalah ibu kandungnya.

Pihak polis giriang giriang kurniawan mengesahkan kejadian tersebut” memang betul ada kejadian anak bujang membakar ibunya. kejadian di anggarkan berlaku sebelum solat jumaat dan diketahui selepas solat jumaat katanya ketika di hubungi pemberita.

Menurutnya motif pembunuhan terebut berpunca daripada suspek yang marah ketika si ibu menyuruhnya untuk ke masjid  melaksanakan solat jumaat.

difahamkan mangsa di tikam terlebih dahulu sebelum dibakar, kejadian itu di ketahui pertamakali oleh abangnya dan memberitahu kepada ayahnya sebelum melaporkannya kepada pihak polis. katanya.

Menurut siasatan awal didapati remaja lelaki taufik hidayat 16 yang ditahan oleh polis, terlebih dahulu diperiksa kesihatan sebagaimana yang dilaporkan abangnya bahawa adiknya itu merupakan pesakit mental semenjak dua tahun lalu.

Manakala menurut jiran mangsa, suspek merupakan pesakit mental,”dia juga tidak mahu pergi ke sekolah, apabila penyakitnya itu bertambah teruk dia selalu bersikap kasar dengan ibunya” katanya.
loading...