Selasa, 14 Jun 2016

Punca Dan Kronologi Gadis 19 Tahun Ditemui Mati Tanpa Pakaian.

Satu lagi pembunuhan gadis yang bermotifkan cinta bertepuk sebelah tangan kembali berulang.

Kali ini melibatkan seorang gadis bernama Angesti Sistiana 19 tahun yang berasal dari Jawa barat menjadi mangsa kekejaman seorang lelaki yang merupakan peminatnya.

Dipetik dari Solo post pada sabtu lalu 11.06.2016,Angesti Sistiana ditemui oleh neneknya maut dalam keadaan bogel di dalam bilik kedai miliknya di sukabumi jawa barat.

Menurut keterangan dari nenek mangsa Sukinah 54 tahun,dia merasa hairan setelah melihat kedai miliknya tidak dibuka cucunya hingga jam 3 petang.

Kemudian dia membuka kedai dengan menggunakan kunci pendua, setelah dia masuk ke dalam dia menemui mayat cucunya yang hanya memakai bra dan terdapat luka lebam di bahagian leher dan terus mengadukan perkara itu kepada orang awam.

Pihak polis yang menerima aduan Kemudian membawa mayat mangsa  ke hopsital untuk membuat bedah siasat.

Manakala ketua polis sukabumi Surya Nugraha mengatakan, hasil penyiasatan mereka sejak hari kejadian sehingga 13.06.2016 Semalam telah menahan seorang lelaki bernama Dadang 21 tahun yang merupakan jiran mangsa.

Menurutnya motif pembunuhan yang mengorbankan gadis 19 tahun itu adalah akibat dari cinta yang bertepuk sebelah tangan, menurut pengakuan dari tertuduh yang meluahkan cintanya pada mangsa namun ditolak menimbulkan rasa marah dengan hal tersebut membuatnya gelap mata hingga sanggup membunuh.

Kronologinya, pada Sabtu petang sekitar jam 6.30 Dadang masuk ke kedai yang hendak di tutup oleh mangsa dan meluahkan isi hatinya,akan tetapi kerana mangsa menolak lalu tertuduh cuba memaksa mangsa untuk mengadakan hubungan intim.

Mangsa yang menolak sempat mempertahankan diri akan tetapi tertuduh memukul bahagian leher yang mengakibatkan mangsa pengsan.

Ketika tertuduh meraba-raba dan membuka baju mangsa dengan tiba-tiba mangsa tersedar dan menjerit meminta tolong, panik akan jeritan itu  tertuduh kemudian mendekap mulut mangsa dengan kain sambil mencekik lehernya hingga akhirnya mangsa meninggal dunia.

Melihat mangsa yang sudah tidak bernyawa, tertuduh kemudian keluar dan menutup kedai tersebut,hinggalah mayat mangsa ditemui oleh neneknya pada keesokan harinya.Akibat dari perbuatannya itu tertuduh akan dikenakan hukuman 20 tahun penjara jika sabit kesalahan.

Pihak eberita yang melihat  akaun facebook mangsa, angesti sistiani nampak seperti seorang yang peramah , didapati angesti sistiani bukanlah orang sukabumi, dia datang ke kampung tersebut hanya untuk menolong neneknya berniaga bubur.

Sehari sebelum nahas itu, mangsa sempat memuat naik satu status singkat yang menunjukkan sebuah kode Grup menyerupai massenger blanckbarry yang berbunyi “Ramaikan lah 2b44e49”-E-berita.org

loading...