Rabu, 22 Jun 2016

Rahsia Besar Michael Jackson Puaskan Nafsu Terdedah.

Pelbagai imej lucah - termasuk membabitkan kanak-kanak - dan penderaan manusia yang mencari kepuasan seksual ditemui tersembunyi dalam rumah Michael Jackson, lapor media hari ini.

Hampir tujuh tahun selepas kematiannya RadarOnline.com memperoleh laporan daripada Jabatan Sherif Santa Barbara yang membayangkan kelakuan di sebalik tabir Raja Pop itu.

Laporan berkenaan didakwa dibuat pihak berkuasa selepas berpuluh-puluh timbalan sherif bersama waran menggeledah Neverland Ranch - kediaman Jackson yang terpencil itu - di Los Olivos, California pada November 2003.

Penggeledahan itu dibuat sebahagian daripada siasatan berterusan pihak berkuasa terhadap dakwaan serangan seksual oleh Jackson.

Antara bahan yang ditemui di rumah itu ialah gambar serta video kanak-kanak lelaki dan perempuan dalam pelbagai posisi.

Sumber yang dekat dengan siastaan itu memberitahu, penyanyi terbabit malah menggunakan gambar seksi anak saudara perempuannya berpakaian dalam untuk merangsang budak lelaki.

Polis kemudian memeriksa sebuah premis simpanan persendirian di kawasan berasingan selepas mendapat tahu ada bahan dipindahkan ke situ sebaik saja pihak berkuasa memulakan siastaan ke atas Jackson.

"Dokumen dikumpulkan Jabatan Sherif Santa Barbara membuka sisi gelap dan mengerikan Jackson.

"Ia mendedahkan bagaimana Jackson memanipulasi pelbagai imej lucah dan keji manusia serta haiwan untuk menundukkan budak-budak mengikut kemahuannya," kata sumber berkenaan.

Salah satu gambar itu, kata sumber, menunjukkan seorang budak memegang bangkai angsa yang dipercayai dipukul hingga mati.

Pada senaskhah buku berjudul Room to Play pula ada gambar budak perempuan menyerupai mangsa pembunuhan.

Majalah serta video lucah pula ditemui dalam bilik tidur serta bilik mandi penyanyi berkenaan.

Anggota Polis Wanita Ditangkap Basah Oleh Suaminya, Di dalam Rumah Mereka.
Suami Isteri Jual Video Jimak Karena Kesempitan Hidup.

Penemuan Mayat Bayi Mengejutkan Penduduk Kampung, Hasil Sumbang Mahram Anak Dan Ibu.
"Michael Jackson mempunyai selera seks benar-benar menyeleweng dan gambar-gambar itu mendedahkan rahsia sisi sadisnya yang tersembunyi sekian lama," katanya.

Jackson ditemui tidak sedarkan diri di atas katil di rumah sewaannya pada 25 Jun 2009. Pelbagai cubaan untuk menyelamatkan penyanyi itu oleh doktor peribadinya gagal dan dia kemudian disahkan mati.

Jackson berusia 50 tahun ketika itu.

Semasa hidupnya dia dikenali sebagai penghibur digemari di seluruh dunia dan mencatat pelbagai kejayaan dalam dunia hiburan.

Namun di sebalik kemasyhuran itu dia dibayangi pelbagai dakwaan salah laku seks dan dadah.-Malaysiakini
loading...