Rabu, 15 Jun 2016

Video Lelaki Maut Dipukul Orang Awam kerana Cuba Culik 6 Kanak-Kanak

Seorang lelaki yang  memandu kereta yang disewa telah di belasah orang awam kerana disyaki telah menculik kanak-kanak seramai 6 orang di kampung melayu Deli Serdang Medan Sumatra Utara.

Mangsa robin agus 45 tahun, dalam kejadian dilihat oleh saksi telah mengajak ke 6 kanak-kanak yang menjadi mangsa menaiki kereta jenis Xenia.

Mangsa antara lain adalah:
Ansyari 12
Risky 10
Rrisky fadhilah 7
Yogi pratama 9
Ilham 6
Nurul annisa 15

Menurut saksi, suspek yang dia sendiri tidak kenal membawa keenam kanak-kanak berkenan memasuki kereta dan terus memandu kereta itu pergi.

Dua jam berlalu ahli keluarga dilihat resah mencari anak-anak mereka, pada masa yang sama saksi mengadukan bahawa dia melihat robin agus telah membawa 6 kanak-kanak masuk kedalam kereta.

Perkara itu di adukan kepada pihak polis, serta pencarian turut dibantu oleh orang awam.

Sekitar jam 21.00 orang awam telah menemukan robin agus di jalan medan binjai di kawasan kampung melayu deliserdang dan dipukul oleh penduduk setempat.

Pihak polis yang menerima aduan berlaku rusuhan di tempat berkenan, terus menenangkan orang awam yang melepaskan geram, akan tetapi suspek sudah pun meninggal dunia sebelum polis sampai ketempat kejadian.

Manakala 6 kanak-kanak berkenan ditemui dalam keadaan ketakutan berada di dalam kereta, salah seorang mangsa mengatakan bahawa mereka telah di ajak suspek  jalan-jalan dan di janjikan makan direstoran mahal cepat saji, apabila ditanya mengenai lelaki itu, keenam mangsa langsung tidak mengenalinya. untuk selanjutnya keenam mangsa dibawa kebalai polis deliserdang untuk di ambil keterangan lanjut.

Bagaimanapun sebelum ini banyak kabar angin yang tersebar, bahawa di beberapa kawasan di tempat itu banyak kes penculikan kanak-kanak yang berkait dengan penjualan organ. 
loading...