Sabtu, 4 Jun 2016

‘Ya Allah, Aku Dah Bosan Dapat Suami Yang Asyik Sakit Dan Pokai Ni’

Saya nak luahkan masalah dan minta pandangan dari warga netizen semua. Saya seorang ibu muda berusia 29 tahun. Mempunyai dua orang anak berusia 7 dan 8 tahun.

Suami saya berusia 39 tahun. Sejak setahun yang lalu, rumah tangga kami dilanda pelbagai masalah. Dalam sebulan mesti akan ada pergaduhan di antara saya dengan suami.

Suami saya sakit buah pinggang sejak dua tahun yang lalu dan sekarang ulang alik cuci darah di sebuah hospital.

Saya akan hantar dan jemput setiap kali dia  buat rawatan. Kadang-kalanya, saya tidak larat untuk uruskan hal rumahtangga seorang diri.

Dalam usia semuda ini, saya berasa payah untuk menanggung semua tanggungjawab seorang diri, dari segi kewangan, urusan anak-anak dan urusan rumah tangga.

Sekarang ini, boleh dikatakan saya uruskan semua urusan dari A hingga Z seorang diri. Kadang-kadang saya terpikir baik saya hidup seorang diri sebab saya boleh uruskan seorang diri. Saya hari-hari kena pikir macam mana mahu mencari duit untuk menampung perbelanjaan keluarga.

Disebabkan masalah kewangan, kami kerap bermasam muka, lagi-lagi pada hujung bulan sebab saya kena fikirkan cara untuk menjamin ekonomi rumah tangga.

Suami saya merupakan seorang kakitangan awam dan memang dia mempunyai gaji tetap tapi bila sudah tolak perbelanjaan yang lain, berapa sangatlah yang tinggal dan jumlah baki ini tidak mencukupi untuk menampung keluarga.

Saya rasa hidup saya tidak bahagia, tertekan dan jiwa saya kosong, stress merana. Semuanya ada.

Dalam masa yang sama, saya ada berkenalan dengan seorang lelaki, hampir dua tahun kami saling kenal mengenali. Kadang-kadang kami akan berjumpa di luar bawa anak-anak dan apa yang saya paling sukakan adalah anak-anak saya berasa gembira bila bersama dengan si dia.

Dia banyak memberi kata-kata semangat pada saya untuk uruskan suami dan anak-anak. Banyak bagi sokongan dan kekuatan pada saya yang lemah ini. Dia tahu keadaan saya macam mana. I love him.

Anak-anak saya sudah mula menyayangi si dia .Tumpang kasih sayang pada dia. Saya selesa bersama dia. I love him. Kalau ada masalah, saya banyak luahkan kepada dia dan dia akan berikan saya kata-kata semangat. Dia seorang lelaki yang baik.

Masalahnya sekarang, apa perlu saya buat dengan suami saya yang sudah macam biawak hidup ini? Minta pendapat netizen sekalian.-ohmymedia
loading...