Rabu, 27 Julai 2016

6 Gambar Dan Video Lelaki Maut Ditembak Di Setapak.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut ditembak dengan kira-kira 16 das tembakan dari jarak dekat berhampiran persimpangan lampu isyarat Jalan Taman Ibu Kota, Jalan Genting Klang, Setapak.

Dalam kejadian kira-kira 4 petang tadi, mangsa seorang lelaki India berusia lingkungan 40an  maut  ditembak ketika dia memberhentikan kereta Honda Accord  di lampu isyarat terbabit.

Ketua  Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Sing berkata, mangsa diserang  empat lelaki yang menunggang dua motosikal.

Menurut beliau ketika kejadian mangsa memandu kereta seorang diri.

"Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup berhampiran lokasi kejadian, Keempat-empat suspek menghampiri kereta mangsa sebelum pembonceng kedua-dua motosikal turun dan melepaskan beberapa das tembakan pada tingkap di bahagian kanan dan kiri kereta," katanya.

Difahamkan insiden yang berlaku tidak kurang 10 saat itu  berakhir apabila  penyerang  meninggalkan lokasi kejadian. Kejadian berlaku ketika aliran trafik  di jalan berkenaan agak sibuk.

“Siasatan awal, polis menemui 18 butir kelongsong peluru jenis 9milimiter. Siasatan lanjut penyerang melepaskan 12 das tembakan pada cermin sebelah kiri dan 4 das tembakan pada cermin sebelah kanan,” katanya.

Menurut Amar, motif kejadian masih disiasat. Pihaknya menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya. --Sinar Harian





loading...