Ahad, 24 Julai 2016

Bapa Mengamuk Bunuh Dua Anak Kandung, Kerana Bergaduh Dengan Bini,

Dua beradik yang masih di bawah umur  dua dan empat tahun ditemui maut di bilik tidur dalam berkeadaan berlumuran darah akibat luka di bahagian kepala di percayai di bunuh oleh ayah kandungnya sendiri di desa tanjung ketibung lampung indonesia.

Dalam kejadian yang berlaku pada 21 july 2016 pada pukul 5:30 pagi tersebut kedua-dua mangsa yang bernama Alka 4 tahun dan Yuda 2 tahun dibunuh dengan menggunakan senjata tajam seperti parang, pisau dan gergaji.

Difahamkan tertuduh yang baru balik dari merantau sempat bergaduh mulut dengan isterinya Ojah 30 tahun sejak pukul 12 tengah hari.

Punca pergaduhan masih belum di ketahui dengan jelas akan tetapi menurut cerita jiran tetangga mangsa, pergaduhan mulut itu berpunca dari suaminya yang pulang dari merantau tanpa membawa balik sebarang hasil.

Oleh kerana pertengkaran tersebut masih berlarutan, jiran tetangga cuba meleraikan pertengkaran itu namun di baling dengan batu sehingga mencederakan pipi kanan salah seorang dari mereka.

Setelah puas mengamuk akhirnya tertuduh di tenangkan oleh jiran tetangga secara beramai-ramai, setelah di tinjau ke dalam rumah tertuduh mereka menemui dua mayat kanak-kanak tersebut di dalam bilik.

Selepas itu tertuduh di serahkan kepada pihak polis lampung selatan ,adi saputra melalui satu panggilan telefon menjelaskan pihak mereka masih lagi menyiasat kes tersebut. 


loading...