Khamis, 14 Julai 2016

Doa Saya Makbul Akhirnya Saya Berkahwin Dengan Anak Dara. - Haji Nasri

Ajal maut pertemuan dan jodoh itu semua di tangan tuhan, itulah kata-kata yang sesuai untuk pasangan haji nasir yang berusia 63 tahun yang memperisterikan mila gadis cantik yang masih berusia 18 tahun pada 11.07.2016.

Pihak pemberita memasuki perkampungan kecil kediaman kedua pengantin baru itu, mulanya haji nasir kelihatan gugup bersama bapa martuanya nasaruddin 48 tahun untuk memaklumkan berita yang cukup mengemparkan tersebut.

“Sebenarnya saya tidak pernah bercinta, ia mengalir begitu saja, sebelum meminang mila, saya sudah dua kali berjumpa dengan ayahnya dan mila, pertemuan kedua saya terus melamarnya dan alhamdulilah saya diterima “kata lelaki di lahiran pada tahun 1953 itu pada 12 july.

Disela suasana perkampungan yang damai, haji nasir menyambung cerita bahawa dia sebenarnya pernah menikah, hj nurjannah nama isteri pertamanya yang meninggal pada februari tahun lalu akibat penyakit sesak napas dan tidak memiliki anak.

Lelaki yang juga merupakan guru nasid itu mengaku bahawa dia mengenali mila dari seorang kawan yang menberita bahawa ada anak dara berdekatan kampungnya selepas mereka berbuka puasa. Kemudian keesokan harinya dia datangi ke rumah mila, namun sayang, mila tidak berada dirumah.

“Memang setelah isteri pertama saya meninggal, saya berniat mahu menikah lagi, alhamdulillah doa saya mencari isteri muda cantik termakbul” kata haji nasir yang dikenali di kampungnya sebagai seorang yang peramah dan baik hati.

Ditengah asik menemu ramah haji nasir, mila datang dengan membawa kek raya dengan air Teh panas, pemberita pun sempat terpegun melihat kecantikan mila, dimana wajahnya yang hanya di sapu dengan bedak tipis namun nampak cantik dan menawan, memang sungguh cantik semula jadi yang pasti akan mengganggu jiwa setiap lelaki.

Dalam perkahwinan tersebut tersebar berita yang dimana mila dipaksa kahwin dengan lelaki tua, kerana hantaran yang diberikan pihak lelaki berjumlah Rm10 Ribu.

Namun nasaruddin ayah mila menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut, ditambah lagi duit hantaran yang tersebar di media sosial dengan jumlah 10 ribu, namun cerita sebenarnya hantaran yang diminta hanya berjumlah 7 ribu sahaja” itu pun sudah jumlah yang ditambah dengan dua gram emas.katanya.

Sebelum ini mila pernah menolak 15 pinangan lelaki lain yang ingin menjadikan dia isteri, namun mila enggan menberi komen isu itu, ramai penduduk kampung menganggap mila sebagai gadis yang gila harta, sangup bersuamikan lelaki tua kerana harta.

Saya tidak kisah dengan semua itu, saya yang menjalani bukan mereka, dah namanya jodoh dan saya benar-benar mencintai suami saya, kata sambil tersenyum.
loading...