Selasa, 12 Julai 2016

Gambar Dan Latar Belakang tertuduh kes Bunuh Dan Bakar Budak 5 Tahun.

Kematian Nesya Nur Azlya masih menjadi tanda tanya hingga kini polis kalimantan timur kerana masih lagi belum  menangkap mana-mana individu yang terlibat dalam pembunuhan tersebut namun sudah mengenal pasti suspek utama pembunuhan.

Mangsa yang dilihat kali terakhir  seorang saksi dibawa pergi oleh seorang lelaki bernama Ijur 45 tahun menaiki motor yang merupakan jiran mangsa sekaligus anak murid mengaji ayah mangsa sendiri

Setelah di selidik lebih mendalam bapa mangsa Fathurrahman adalah seorang pegawai di sebuah parti PKS (Parti keadilan sejahtera) di Sangkulirang, Kalimantan Timur.

Semenjak kehilangan Nesya Nur Azlya Ijur tidak lagi dapat di kesan. Pada mulanya Ijur mengaku tidak tahu di mana Nesya berada setelah di tanya, akan tetapi setelah jenazah mangsa ditemui dalam keadaan memilukan, Ijur sudah tidak dapat lagi di kesan serta telefon bimbitnya pun tidak dapat dihubungi.

Tertuduh di katakan sudah memiliki isteri serta cucu yang merupakan kawan rapat mangsa, pada hari kejadian Ijur di katakan telah meminjam motor ayah mangsa.

“Pada hari raya kedua dia sempat meminjam motor selama 1 jam, kemudian balik dan mengembalikan motor” ujar Rahman iaitu bapa saudara mangsa.

Sementara hasil bedah siasat mendapati mangsa telah meninggal dunia tiga hari sebelum ditemui , pada hari kejadian iaitu khamis 07.07.2016, mayat mangsa di timbus dengan menggunakan pelepah kelapa kering yang  kemudiannya dibakar untuk menghilangkan bukti, akan tetapi pelepah kelapa yang dibakar tidak semuanya hangus terbakar.

Manakala baju hari raya yang dipakai oleh mangsa masih sama dengan baju ketika dia dilaporkan hilang, duit raya yang diterima olehnya pada hari raya pun masih digenggam kuat di tangan serta di saku bajunya.

Gambar ijur tertuduh utama,
Suspek Utama


loading...