Jumaat, 29 Julai 2016

Kejam!!! Suami Kerat Kemaluan Isterinya Yang Sedang Mengandung 6 Bulan.

Seorang wanita cedera parah selepas suaminya memukul dan memotong sebahagian daripada kemaluannya dalam kejadian yang berlaku di utara Afghanistan

Insiden menyayat hati itu dilaporkan berlaku di daerah Ashkamish di wilayah Takhar.

Mangsa yang berusia dalam lingkungan 20-an memaklumkan kepada stesen antarabangsa BBC, beliau tidak tahu punca serangan.

Kes memotong kemaluan jarang berlaku di Afghanistan, namun laporan keganasan terhadap wanita kian meningkat.

Wanita itu kini dirawat di sebuah hospital di Kunduz.

Abang mangsa mengesahkan kejadian yang berlaku terhadap adiknya itu kepada BBC sambil menyatakan ibu saudaranya sudah melihat kecederaan dialami mangsa.

Seorang doktor berkata, mangsa yang hamil enam bulan mengalami keguguran akibat kekejam itu. Berita Harian Online
loading...