Sabtu, 30 Julai 2016

Kerana Cemburu Seorang Anggota Polis Sanggup Kerat Isteri Yang Sarat Mengandung Dengan Kejam.

Mayat mangsa Eci 27 tahun telah 
di jumpai oleh anaknya di dapur rumah
Seorang wanita di temui maut dalam keadaan mengerikan oleh anaknya pada hari Khamis 28.07.2016.

Mayat mangsa Eci 27 tahun telah di jumpai oleh anaknya di dapur rumah mereka pada jam 5.00 pagi, anaknya yang bernama Niken melihat ibunya seperti tertidur dengan keadaan tergulung bersama tikar.

Panggilan yang tidak bersahut membuatkan kanak-kanak itu membuka tikar tersebut dan melihat tubuh ibunya sudah berlumuran darah dengan terdapat kesan luka seperti di kelar di lehernya itu.

Tangisan Niken didengari oleh anggota keluarganya yang lain, dalam masa yang singkat penemuan mayat tersebut membuatkan penduduk sekitar terkejut dengan kejadian.

Mengikut keterangan dari sumber, tertuduh yang merupakan seorang anggota polis manakala mangsa merupakan isterinya sendiri yang sedang mengandung, motif pembunuhan adalah berpunca daripada sikap cemburu tertuduh yang mendakwa isterinya mempunyai hubungan sulit  dengan bapa mertua mangsa iaitu ayah kandung tertuduh.

Menurut ahli keluarga mangsa, kedua pasangan ini seminggu sebelum kejadian pernah bergaduh mengenai perkara tersebut, namun di tenangkan semula oleh ahli keluarga, akan tetapi kejadian yang berlaku pada 28.07.2016 sama sekali tidak di sangka-sangka oleh keluarganya.

Bagaimana pun ayah tertuduh yang dituduh mempunyai hubungan sulit dengan menantunya tidak menyangka bahawa hubungannya yang rapat dengan mangsa membuatkan tertuduh cemburu dan menuduhnya berlaku curang.

“Saya tidak memahami dengan sikap anak saya, sebelum ini dia pernah menuduh isterinya berlaku curang dengan kawannya dan memukulnya, kemudian dengan saya pun begitu juga, saya hanya  menganggapnya serta melayannya seperti seorang menantu itu sahaja, kata Yohan kepada pemberita pada  29.-7.2016.

Sementara pihak polis Kupang Sumba Indonesia masih lagi cuba menjejak serta menangkap tertuduh yang telah melarikan diri menggunakan motorsikal selepas membunuh isterinya.

loading...