Ahad, 24 Julai 2016

Kronologi Dan Punca Bapa Pijak Dua Anak Kandung Sampai Mati

”Jangan bunuh saya ayah” itulah kata-kata terakhir Alka 4 tahun iaitu salah seorang antara dua kanak-kanak yang di bunuh oleh bapa kandung sendiri di lampung baru-baru ini.

Dalam kejadian tersebut, Ojah 30 tahun iaitu isteri tertuduh yang terselamat kerana berpura-pura mati menceritakan situasi kejadian.

Mengikut keterangan Ojah, suaminya itu mula-mula mengamuk ketika baru sahaja balik dari kerja pada hari Rabu 20.07.2016 kira-kira jam 11.30 malam dari projek pembangunan elektrik lampung barat.

Ketika sampai di rumah tertuduh Kasda 35  tahun terus meminta makanan,  sementara Ojah menyiapkan makanan, Kasda mengumpul batu-bata yang berada di sekitar rumahnya.

Tidak lama selepas itu Kasda pun makan, selepas dia selesai makan, tertuduh dikatakan telah mengambil batu-bata dan membalingnya ke atas rumah dan menghampiri Ojah lalu memukul kepala kirinya menggunakan batu-bata.

Ojah yang terus tersungkur ke lantai akibat daripada pukulan tersebut terus di ikat dan tubuhnya di pijak-pijak oleh suaminya lalu Ojah berpura-pura mati.

“Saya berusaha menahan sakit agar tidak terkeluar suara dari mulut saya” kata Ojah ketika memberikan keterangan pada 22.07.2016 di balai polis lampung.

Ojah menyambung situasi kejadian saat dia di pijak suaminya, anaknya Alka 4 tahun bangun dari tidur dan cuba menyelamatkan ibunya.

Melihat Alka cuba menolong ibunya tertuduh kemudian memukul bahagian belakang kepala Alka dan mencekiknya, manakala anak keduanya Yudha 2 tahun yang masih nyenyak tidur di tarik serta di tendang hingga terpelanting ke dapur.

Kedua kanak-kanak tersebut maut selepas tubuhnya di pijak-pijak oleh bapa kandung mereka sendiri.

Ojah menceritakan bahawa anaknya Alka sempat merayu " jangan bunuh saya ayah” dan tertuduh menjawab " kamu harus mati, jika masih hidup nanti kamu nak makan apa?”

“Anak saya terus di pijak-pijak, saya yang berpura-pura mati mendengar suara jeritan kesakitan dan tulang anak saya yang remuk di pijak dan di sepak sampai ke dapur” kata ojah yang di temani oleh abang kandungnya Badri.

Tertuduh yang melihat anak dan isterinya yang sudah tidak berdaya kembali membaling batu ke atas rumah mereka dengan memegang parang dan gergaji di tangan.

Ojah yang melihat suaminya berada di luar terus berusaha membuka ikatan dan keluar rumah untuk meminta pertolongan jiran-jiran.

Difahamkan tertuduh sebelum beberapa hari kejadian tidak menunjukkan sikap aneh atau pelik, hal itu yang membuatkan ojah berasa amat terkejut kerana suaminya tergamak membunuh kedua-dua anak kandung mereka.

Manakala menurut pengakuan tertuduh, dia membunuh kedua-dua anaknya itu kerana di bayangi rasa takut.

Katanya dia membunuh ahli keluarganya kerana takut tak mampu menyara anak isterinya lagi. Ini kerana sebelum kejadian tertuduh di dapati telah bergaduh dengan seorang rakan sekerjanya di lampung barat dan akibat dari pergaduhan itu tertuduh boleh di buang kerja jika bersalah.

Bayangan ketakutan itulah yang dia  bawa balik kerumah dan mengambil keputusan membunuh ke semua ahli keluarganya sebagai jalan penyelesaian. 
loading...