Sabtu, 16 Julai 2016

Lelaki Berusia 40-an Nekad Melarikan Dua Tabung Derma.

Seberang Jaya: Seorang lelaki berusia 40-an nekad melarikan dua tabung derma untuk kegunaan anak yatim dan madrasah tahfiz yang diletakkan di tepi kaunter pusat jualan Jeruk Madu Pak Ali, di sini, kelmarin.

Kejadian jam 9.10 pagi itu tidak disedari dua pekerja di kaunter memandangkan masing-masing sibuk membuat persediaan memandangkan kedai berkenaan baru sahaja dibuka untuk beroperasi seperti biasa.

Malah, lelaki terbabit seolah-olah selamba apabila sesekali merenung ke arah kamera litar tertutup (CCTV) sebelum memasukkan dua tabung berkenaan di dalam beg dan bergegas keluar dari premis.

Pengurus kedai terbabit, Mahmood Akil Malek berkata, kejadian disedari apabila pekerja mendapati dua tabung derma yang diletakkan di tepi kaunter hilang.

“Sebaik dimaklumkan, kami meneliti rakaman CCTV di kedai ini dan mendapati lelaki berusia dalam lingkungan 40-an melarikan dua tabung berkenaan.-Harian Metro

loading...