Rabu, 13 Julai 2016

Suami Sepak Kemaluan Isteri Hingga Mati Sebelum Menyerahkan Diri Di Balai Polis.

Disaat semua umat Islam merayakan hari raya aidil fitri, nasib malang telah menimpa seorang isteri Elin 21 tahun yang maut akibat didera oleh suaminya sendiri berusia 23 tahun.

Pada awalnya mangsa mengalami lebam di bahagian muka akibat di pukul dengan tangan kosong oleh suaminya, marah dengan perkara itu mangsa membuat laporan di balai polis.

Mangsa menyatakan dalam laporannya kejadian itu menimpa dirinya ketika dia bersama anaknya yang berkunjung ke rumah orang tuanya untuk menyambut hari raya.

Ketika membuat laporan, suami elin mengikutinya tanpa disedari oleh mangsa dan menunggu sehingga mangsa balik ke rumah, setibanya di lokasi kejadian berlaku sedikit pergaduhan mulut antara pasangan tersebut.

Di katakan tertuduh iaitu suami mangsa tidak dapat menahan emosi lalu mengayunkan tangan mengenai wajah mangsa yang tidak sempat mengelak.

Mangsa yang memegang anaknya yang masih lagi berumur 2 tahun terus tersungkur ke tanah, melihat mangsa yang terjatuh tertuduh terus menendang bahagian kemaluan mangsa sehingga membuat mangsa menjerit kesakitan sebelum tidak sedarkan diri.

Puas memukul mangsa, tertuduh kemudian meninggalkan isteri dan anaknya dan menyerahkan diri ke balai polis, dia juga mengaku bahawa dia telah menendang kemaluan isterinya sebanyak 6 kali selain dari memukulnya di bahagian pipi,muka serta kepala.

Mangsa yang di kejarkan ke hospital telah mengalami pendarahan rahim yang amat teruk sehingga mengakibatkan nyawanya tidak boleh diselamatkan.

Sementara pegawai polis prabumulih sumatra selatan indonesia Andi Supriadi mengesahkan hal tersebut pada(11/7/2016), katanya tertuduh sudah membuat pengakuan dan sedang menjalani hukuman.
loading...