Ahad, 17 Julai 2016

Tun Mahathir Tubuh Parti Baru Kerana Tak Diterima Pakatan Harapan. - Nazri

Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengganggap bekas Perdana Menteri Tun Dr

Mahathir Mohamad mahu menubuhkan parti baru kerana Pakatan Harapan tidak menerima beliau dan anaknya bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz untukmenjadi ahli.

Beliau berkata ini membuktikan Pakatan Harapan tidak boleh menerima pemimpinseperti Dr Mahathir kerana mereka tahu niat beliau menyertai pakatan berkenaan adalah untuk menaikkan anaknya, Mukhriz.

Katanya ini terbukti apabila dalam Pakatan Harapan, Lim Kit Siang sebagai penasihat DAP sudah ada anaknya Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang manakala Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sudah mempunyai anaknya Nurul Izzah Anwar sebagai naib presiden PKR.

"Saya alu-alukan dia (Dr Mahathir) tubuhkan parti politik baru kerana ini merupakan amalan demokrasi dalam Parlimen dan saya nampak dia dah dengar cakap saya untuk tubuh parti baru dan bukannya melaung di jalan dengan mengadakan
demonstrasi kerana ia tidak ke mana dan itu bukan caranya.

"Tubuh parti apa pun, Barisan Nasional tetap akan lawan dalam pilihan raya nanti," katanya dalam sidang media selepas majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Bersama Pemimpin di Taman Puncak Bougainvillea dekat Padang Rengas hari ini.

Mohamed Nazri yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan mengulas kenyataan Dr Mahathir pada Khamis lalu mengumumkan beliau akan menubuhkan parti baharu yang akan menjadi sebahagian komponen pakatan pembangkang bagi menghadapi BN dalam pilihan raya umum ke-14.

"Sekarang ini mereka yang tiada rumah (parti) seperti 'hantu raya' sudah ada rumah baharu dengan menubuhkan parti baharu.

"Dengan adanya parti politik yang sah dan minta kebenaran polis, apa sahaja program boleh diadakan dengan mengikut peraturan," katanya.

Beliau berharap rakyat menghormati Dr Mahathir sebagai bekas perdana menteri tetapi jangan ikut cara beliau yang jelas "Melayu sudah lupa diri".- Bernama
loading...