Isnin, 4 Julai 2016

Video Lelaki 'Sembunyi' Takut Kantoi Dengan Suami Kekasih.

Beijing: Seorang lelaki terpaksa berpaut pada alat pendingin udara di tingkat lapan sebuah bangunan apartmen dalam keadaan hampir berbogel kerana melarikan diri selepas suami kekasihnya tiba-tiba pulang.

Lelaki itu dipercayai memanjat keluar dari tingkap apartmen kekasihnya untuk mengelak terserempak dengan suami wanita berkenaan.

Rakaman disebarkan di LiveLeak menunjukkan dia berpaut pada alat pendingin udara hampir tanpa seurat benang kecuali cebisan kain kecil yang menutup kemaluannya.

Video dipercayai dirakam penduduk bangunan di hadapan apartmen berkenaan di China itu turut menunjukkan orang ramai di bawah bangunan itu berjalan tanpa menyedari drama yang berlaku di atas.

Tidak jelas berapa lama lelaki itu terpaksa berpaut di situ, atau sama ada dia berjaya masuk semula ke dalam rumah berkenaan.-Metro Harian
loading...