Selasa, 2 Ogos 2016

10 Tanda-Tanda Lelaki Atau Perempuan Yang Menghidap Hiperseks.

Hiperseks adalah obsesi yang berlebihan terhadap seks yang mendatangkan banyak keburukan kepada sipenderita juga bagi orang lain.

Punca pesakit bertindak agresif terhadap orang awam, kerana tiada pasangan untuk melakuan hubungan intim sehingga pesakit melakukan kes jenayah seperti rogol, mencuri pakaian dalam, dan mengintai orang mandi, bahkan ada yang sanggup merogol binatang.

Sangat jarang bagi pesakit hiperseks untuk datang memeriksa kesihatan dan berjumpa doktor,biasanya mereka akan berubat sekiranya mendapat dorongan dari pasangan atau keluarga.

Menurut mayo klinik, hiperseks di sebut juga gangguan seksual atau perilaku seks kompulsif di mana pesakit tidak kira lelaki atau perempuan akan memiliki obsesi berlebih dan imaginasi dan perasaan terhadap seks melampau hingga mengganggu kehidupan dan kesihatan.

Berikut adalah 10 tanda tanda seseorang mengalami hiperseks.

Berlaku curang atau memiliki seseorang yang melayani nafsunya di luar nikah.
Seks yang tidak dapat dikendalikan kERAna terlalu obsesi.
Gemar melakukan onani atau masturbasi berlebihan.
Menganggap pasangan sebagai objek seks (pelampiasan nafsu)
Suka berganti pasangan
Melakukan gaya seks yang tidak normal dan ganas
Melakukan aktiviti seks yang berisiko tanpa peduli orang lain(merogol kanak-kanak)
Gemar membuka laman web porno
Menjadikan seks sebagai pelepas terhadap masalah yang di hadapi seperti kesepian.
melakukan seks hingga mengganggu kehidupan kesihatan dan pekerjaan.

Jika anda memiliki 3 paling sedikit antara 10 tanda penderita hiperseks yang di sebut, mohon buat pemeriksaan diri ke doktor pakar.

Ingat penyakit hiperseks adalah penyakit yang datang secara perlahan dan sukar untuk di sembuhkan apabila sudah terlalu parah.

Beberapa pakar mengatakan hiperseks juga disebabkan oleh trauma seksual masa lalu seperti pernah mengalami pelecehan seksual atau hidup dalam keluarga yang memiliki masalah dengan seks.

Manakala pasangan suami isteri yang sama-sama memiliki ghairah seks tinggi tentu memiliki daya bercinta yang tinggi, tapi jika hanya satu yang mengalami hiperseks maka pihak lagi satu tentu akan menderita, inilah salah satu punca kes perceraian terjadi akibat tidak sanggup melayani nafsu pasangannya.
loading...