Isnin, 15 Ogos 2016

2 Gambar Wanita Mati Ini Gara-Gara Paderi Hendak Menunjukkan Mukjizatnya.

Wanita Mati Ini Gara-Gara Paderi 
Dalam usaha untuk melakukan keajaiban dan menunjukkan apa yang dia boleh lakukan, paderi Afrika Selatan telah dilaporkan menyebabkan kematian seorang gadis muda selepas meletakkan speaker yang berat ke atas beliau .

Menurut laporan media tempatan, paderi berkenaan, Lethebo Rabalango membuat upacara bagi membuktikan ‘mukjizatnya’ di sebuah gereja di Polokwane.

Dalam upacara berkenaan, Rabalango berkata, sekiranya seseorang itu mempunyai kepercayaan yang kukuh terhadap tuhan, dia mampu melakukan apa sahaja.

Paderi itu kemudiannya menjemput seorang wanita muda ke pentas dan memintanya berbaring di lantai.

Rabalango mengarahkan beberapa pengikutnya mengangkat satu pembesar suara yang besar dan berat untuk diletakkan di atas badan wanita itu, beliau berjanji bahawa dia tidak akan merasa sakit .

Wanita itu kini telah meninggal dunia akibat kecederaan yang disebabkan paru-paru kerana menampung berat yang berlebihan.
loading...