Selasa, 2 Ogos 2016

Aku Dipinang Oleh Isteri Pertama Suami, Tak Sangka Inilah Niat Mereka Ambil Aku Jadi Isteri Kedua.

Bila maduku datang meminang aku untuk suaminya, aku agak terkejut. Selepas 2 minggu kahwin, suami dan madu aku tiba-tiba buat benda yang...

Assalamualaikum,
Tidak tahu dari mana aku nak mulakan. Ok, aku adalah isteri kedua, tapi jangan syak yang bukan-bukan. Bukan aku yang pergi mencari suami tapi mereka yang mencari aku.

Aku boleh di katakan andartu, yer sudah berumur 35 tahun masih belum berkahwin, calon pun tidak ada. Bila maduku datang meminang aku untuk suaminya, aku memang terkejut. Tapi setelah perbincangan dengan keluarga, semua orang bersetuju memandangkan niat mereka baik. Mungkin maduku sememangnya ikhlas.

Majlis ringkas namun cukup buat andartu seperti aku. Ramai yang memuji madu aku itu. Betul ker ada wanita yang tidak kisah bila suaminya berkahwin lagi? Katanya bila suami berhasrat untuk berkahwin lagi, dia tiada alasan untuk melarang kerana suaminya lebih dari mampu, dia mengizinkan tapi dengan syarat dia sendiri memilih calon untuk suaminya.

Perkahwinan itu jadi buah mulut orang walau kami bukan sekampung tapi satu daerah. Isu sebegini sememangnya cepat tersebar, lebih-lebih lagi ramai yang kenal kerana butik aku berada di tengah bandar.

Seminggu berkahwin memang indah, tapi selepas itu serba-serbi tidak kena. Biasanya isteri pertama di gambarkan amat baik, teraniaya dan lemah-lembut. Madu aku sememangnya lemah-lembut, tapi setiap kata-katanya begitu menikam hati. Walau giliran sudah di tetapkan, well dia yang tetapkan pada malam pernikahan depan orang ramai sambil gelak-gelak dalam nada bergurau.

Namun sejak dua minggu lepas, suami langsung tidak jenguk atau bertanya khabar berita. Apa lagi untuk whatsapp kata rindu. Bila aku telefon, madu aku akan jawab. Disindir dengan kata-kata yang tidak dapat sanggup aku taip kat sini. Padahal tidak salah rasanya untuk aku bertanya khabar suami sendiri. Orang kata bila kita menjadi isteri kedua, kita kena banyak mengalah demi menjaga hati yang nombor satu, aku cuba bersabar.

Petang itu aku menerima panggilan dari madu yang mengatakan suami bukan tak nak balik rumah aku tapi katanya suami tension, syarikatnya belum dapat payment dari projek kerajaan, yer la biasa agak lambat baru dapat. Gaji pekerja sudah dua bulan tidak berbayar berjumlah 50 ribu. Aku minta suami balik untuk berbincang, setengah jam berlalu dan suami tercegat depan butik.

Bila ditanya baru berterus-terang katanya tidak mahu susahkan aku. Aku berjanji akan tolong. Wang bukan satu masalah pada aku. Bila duit diberi, suami hilang lagi. Tiga hari selepas itu baru dia menjawab panggilan telefon aku, katanya pembekal semua mahukan duit mereka. Sekiranya tidak di bayar hutang dulu mereka tidak akan memberi bekalan projek yang baru, dan semua orang pun tahu sekiranya projek tertangguh company akan kerugian. Sekali lagi aku keluarkan duit dan menolong suami.

Esoknya madu telefon ajak keluar teman dia shoping katanya. Tempat pertama yang dia ajak masuk adalah kedai emas kegemarannya. Bila melihat dia bergelak ketawa di dalam kedai tersebut kita tahu madu aku adalah pelanggan tetap.

Malah madu aku bergurau bahawa aku ini madu dia yang kaya, banyak duit dan aku nak belanja dia beli gelang emas yang mahal. Aku cuma tersenyum. Tapi bila dia selesai memilih, dia mengisyaratkan aku bayar. Nak tak nak aku terpaksa berlari ke ATM terdekat. Selepas bermacam perkara yang terpaksa aku bayar, aku sedar niat mereka yang sebenar. Rupanya wang aku yang di hajati.

Kalau begini aku sanggup hidup seorang diri sehingga ke akhir hayat. Aku kini dalam proses bercerai, itu pun masih tidak malu untuk meminta duit. Sumber:Staymedia
loading...