Isnin, 29 Ogos 2016

Awas 4 Pekara Yang Biasa Anda Lakukan Ini Sebenarnya Membahayakan Vagina

Vagina merupakan bahagian tubuh yang paling sensitif yang boleh mendatangkan banyak kesan pada kesihatan apabila tidak di jaga dengan baik.

Berikut adalah 4 hal yang biasa anda lakukan sebenarnya memberikan kesan buruk pada vagina anda.

1.Naik basikal

Pernahkah anda berasa kebas di bahagian vagina apabila anda menaiki basikal dengan tempat duduk yang kurang lembut.

Kebas pada bahagian vagina sebenarnya akibat dari tempat duduk yang kurang lembut hingga mengakibatkan saraf vagina dan pembuluh darah kelangkang tertekan.

2.Tidak menukar seluar dalam selepas sukan.

Ketika anda terlalu lama menggunakan seluar dalam yang sudah terkena peluh, kuman yang terdapat dalam seluar dalam akan berkembang membiak secara pesat, jika kuman tersebut masuk ke dalam vagina, maka ia akan menyebabkan jangkitan kulat dan gatal-gatal.

3. Menyapu tubuh dengan whipped cream atau coklat untuk pasangan anda.

Jika fantasi seks anda seperti di atas, pastikan makanan dan minuman manis jauh dari kelangkang anda, kerana jika gula termasuk ke dalam vagina, ia akan mengubah kadar pH dan menyebabkan yis atau jenis jangkitan lain.

4.Melicinkan vagina dengan baby oil.

Pelincir yang biasa dipakai oleh pasangan suami isteri atau pun wanita yang belum berkahwin dengan tujuan beronani.

Untuk pengetahuan anda baby oil yang terperangkap di saluran vagina akan mengakibatkan pembiakan kuman sehingga menyebabkan jangkitan, lebih baik menggunakan lubrika pelincir silikon yang berasaskan air kerana ia lebih bersih.
loading...