Sabtu, 13 Ogos 2016

Gadis Ini Mengaku Sudah Rosak, Cuba Bunuh Diri Sebanyak 12 kali.

Hidup umpama mimpi ngeri setiap malam. Itu yang dialami oleh sebuah keluarga apabila anak gadis mereka yang berusia 16 tahun, sudah 12 kali cuba membunuh diri sejak dua tahun lepas.

Emma Parrey, 33, tiada pilihan lain kecuali mengurung anak perempuannya itu, Stephanie di dalam sebuah bilik kayu, walaupun dia lihat satu tindakan ekstrem yang terpaksa diambilnya demi keselamatan anak mereka dan  sekeluarga.

Bilik kayu itu direka khas dengan semua objek yang tidak boleh menyebabkan Stephanie mencederakan diri atau keluarganya.

Emma kini menjadi patah hati, keliru, takut dan bimbang kerana anak perempuannya itu tidak mahu hidup lagi.

Meskipun terdapat satu pusat psikiatrik di kawasan berhampiran kediamannya di New South Wales, namun Emma tidak boleh mendaftarkan anaknya di situ memandangkan Stephanie sudah dirawat di pusat psikiatrik swasta.

cerita Emma “Saya sedang bercakap dengan kawan saya di telefon apabila dua anak saya mendengar Stephanie menghempas pintu tandas.

Pintu tandas itu telah ditutup dan dia sedang memegang pisau. Stephanie memberitahu tidak guna mereka menghalangnya kerana dia sudah rosak dan tidak boleh dibaiki lagi serta tidak mahu saya bersusah payah untuk merawatnya.

“Kami menghubungi polis dan akhirnya Stephanie berjaya dihalang,’’ katanya yang mempunyai dua anak yang lain ketika menceritakan pengalaman hidupnya itu.

Disebabkan keadaan itu, Emma terpaksa memberikan tumpuan yang lebih kepada Stephanie hingga mengabaikan dua anaknya yang lain. Ia menyebabkan Emma berasa sangat bersalah.

Ia juga menjadikan keluarga berkenaan hidup dalam ketegangan. Kesukaran hidup Emma itu mendapat bantuan daripada jirannya dan mereka kemudian menggunakan laman web GoFundMe .

Ia bagi meminta bantuan daripada mana-mana pihak yang dapat membantu keluarga berkenaan dalam apa cara sekalipun.
loading...