Jumaat, 5 Ogos 2016

Janda Ditangkap Kerana Merogol Budak Lelaki Berusia 13 Tahun Di Rumah Sendiri.

Seorang janda berusia 39 tahun bernama Chen telah ditangkap kerana tuduhan merogol budak bawah umur, dalam kejadian tersebut Chen telah membawa anaknya ke pusat latihan Taekwondo, di sana dia telah bertemu dengan seorang budak lelaki berusia 13 tahun.

Chen mula mengajak budak itu mengikuti latihan taekwando dan memberikannya hadiah serta memanggil dia dengan panggilan "baby".

Oktober yang lalu, budak itu telah bertengkar dengan keluarganya dan meninggalkan rumah, dia mengatakan kepada Chen bahawa ayahnya telah menghalau dia keluar dari rumah.

Chen telah mengajak budak itu tinggal di rumahnya. Namun begitu ketika budak tersebut berada di rumah, Chen telah memaksa budak itu untuk menonton porno bersama-samanya.

Beberapa hari kemudian, ketika budak itu datang untuk berjumpa dengannya lagi, Chen telah mengambil kesempatan terhadap budak tersebut dengan membuka pakaian dan merogolnya.

Budak itu cuba menghalang Chen namun tidak berjaya, malah Chen menjadi semakin ganas.

Akibat dari perbuatan Chen itu menyebabkan zakar budak lelaki itu mengalami kesakitan, kemudian dia pun pergi berjumpa doktor kerana zakarnya terasa sakit ketika dia membuang air kecil.

Doktor yang memeriksa budak tersebut memberitahu bahawa zakarnya mempunyai kesan luka dan meradang, luka tersebut adalah berpunca daripada seks ganas yang dilakukan dengan janda tersebut.

Budak itu akhirnya memberitahu kepada ayahnya tentang kejadian yang berlaku terhadapnya.

Setelah mengetahui hal tersebut ayahnya telah membuat laporan polis terhadap Chen, budak itu mengatakan di hadapan hakim mengenai hubungan terlarang itu, namun Chen tidak mengaku tuduhan terhadapnya.

Hakim percaya bahawa budak itu tidak akan berbohong tentang hal ini dan Chen didakwa atas tuduhan merogol kanak-kanak di bawah umur.

Dia sekarang sedang menjalani hukuman penjara selama 10 tahun.

Seorang janda mesum memperkosa seorang laki... oleh tomonewsid
loading...