Selasa, 9 Ogos 2016

Kereta MPV Rozita Che Hilang Dicuri Pagi Tadi.

Gambar: apeciter.com
KUALA LUMPUR: Kenderaan pelbagai guna (MPV) Vellfire berwarna hitam milik pelakon dan pengacara popular, Rozita Che Wan dilaporkan hilang di kediamannya di Subang, dekat sini, pagi tadi.

Berita kehilangan kenderaan yang diletakkan di tempat letak kereta pelakon yang mesra disapa Che Ta itu disahkan oleh pengurus beliau, Afeeq Abdul Wahab.

"Che Ta dan Zain tidak dapat dihubungi buat masa ini kerana sibuk menguruskan hal kecurian itu. Laporan kepada pihak pengurusan pangsapuri dibuat kerana kenderaan itu hilang di dalam kawasan tempat tinggal mereka.

"Kedua-duanya menyedari kehilangan kereta Vellfire itu kira-kira jam 10 pagi tadi selepas mendapati ia tiada di tempat letak kereta yang dikhaskan buat mereka.

"Saya difahamkan laporan polis akan dilakukan sebaik urusan dengan pihak pengurusan pangsapuri selesai.

Kami berharap saksi atau sesiapa yang mengetahui dalang di sebalik kejadian ini dapat tampil," katanya kepada BH Online.

Sementara itu, Afeef turut meminta mereka yang ternampak kenderaan bernombor pendaftaran WWQ 93 itu boleh menghubungi 012-6160949. Berita Harian Online
loading...