Khamis, 25 Ogos 2016

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Terima kasih sudi publish cerita aku. Nama pendek aku Emi. Dulu aku pernah ada bini. Bini aku ini dulu aku kenal dekat satu tempat kerja. Masa aku kenal dia dulu dia ini pemalu sangat. Lalu depan lelaki pun tunduk. Tapi lepas kahwin perangai dia 360 darjah berubah.

Aku ini suka lepak kedai mamak. Tapi aku tak lepak dengan kawan aku saja. Aku bawa bini aku sekali. Bini aku masa lepak dengan kawan-kawan lelaki aku terus perangai malu dia itu dulu hilang. Tergedik-gedik, ketawa kuat.

Aku ini mula-mula terkejut juga. Tapi lega juga dia boleh masuk dengan kawan-kawan aku. Fikir dari sudut positifla. Baru kahwinkan. Mungkin ada lagi yang aku tak tahu pasal dia. Jadi aku ikutkan saja.

Start dari hari itu, tiap-tiap hari bini aku ini akan tanya, bila lagi nak lepak dengan kawan-kawan aku. Dia kata dia bosan duduk rumah saja. Oh ya bini aku memang berhenti kerja lepas kahwin dengan aku. Lagipun aku pun mampu sara dia.

Sambung cerita. Aku pun ajakla kawan-kawan kerja aku lepak. Malam itu bos aku dapat join sekali. Bos aku ini muda dalam 30-an. Hensem. Masyuk gila sebab dia memang dah dilahirkan kaya.

Malam itu bini aku buat perangai lagi. Gedik sana-sini, cakap kuat, gelak kuat. Macam saja nak jadi attention saja. Lagi-lagi dengan bos aku ini. Gedik dia perghhh... nyirap juga aku tengok.

Balik itu aku tegur la bini aku. Dah kenapa macam itu. Macam nak mengorat saja. Tak manis orang tengok sebab dia itu dah jadi bini aku. Kalau single lain cerita.

Bini aku kata aku fikir bukan-bukan. Dia rasa biasa saja. Mana ada melebih-lebih. Dia kata dia memang selesa kawan dengan lelaki. Jadi aku diamkan lagi.

Malam esoknya aku lepak lagi dengan bini aku. Bini aku ini kalau keluar dengan aku jarang dia makeup, tapi hari itu dia makeup. Aku dah tak sedap tapi aku biarkan saja. Pakai blouse lawa tudung lilit-lilit. Padahal keluar minum saja.

Bila aku tegur katanya prepare mana tahu kot-kot aku tiba-tiba nak bawa dia jalan mall ke.. aku diamkan sajalah. Malam itu masa lepak dia buat perangai dia la. Aku cool lagi. Biarkan dulu.

Sampai satu hari office aku buat family day. Bos aku ini bawa tunang dia. Meleret laa muka bini aku ini tak dapat menggedik. Aku ingat boleh la lega tapi tak....... dia menyendeng jugak dengan bos aku.

Soalan apa saja yang keluar dari mulut bos aku dia akan jawab dulu. Tak sempat tunang dia nak jawab. Kesian tunang bos aku dok senyap saja dekat situ.

Sejak balik daripada family day itu kita orang selalu sangat gaduh. Dia asyik sibuk layan whatsapp, tersengih-sengih sorang-sorang. Macam orang tengah mabuk bercinta gitu.

Aku tak boleh check handphone dia sebab dia letak password. Sejak bila entah letak password ini. Sebelum ini tak pernah pun. Sejak itu rumah makan pakai aku tak terurus.

Lepas itu ada saja barang online dia beli. Mana dia dapat duit banyak itu entah. Aku syak dia ini ada orang lain. Jadi aku plan strategi macam mana nak bagi dia kantoi.

Malam itu aku saja buat-buat tidur. Dia pun terus bawa keluar handphone dia. Aku sempat la intip tengok dan hafal password phone dia. Lepas itu aku pun tidur.

Esoknya masa dia tengah mandi aku check la handphone dia. Macam nak gugur jantung aku tengok mesej-mesej dia dengan lelaki lain. Bersayang-sayang bagai. Mengadu-ngadu aku dengan dia selalu gaduh. Padahal aku jadi macam itu sebab dia dah berubah.

Dan lelaki itu bukan orang lain, tapi BOS AKU! Bila masa entah dia orang ini tukar nombor telefon. Bos aku melayan pulak itu. Siap cakap bila nak jumpa. Segan nak berdua kalau aku ada. Allah... aku dah istighfar panjang-panjang. Tak boleh jadi. Aku kena buat plan lain.

Aku cakap dengan bini aku, aku kena outstation 3 hari tengok site. Memang pun aku kena pergi site tapi aku apply cuti sehari awal. Aku kelentong bos aku cakap aku ada tempat nak pergi sebelum pergi site sebab aku ada urusan lain. Laju saja bos aku approve cuti. Seronokla dia dapat berdua dengan bini aku nanti.

Bini aku ini biasanya kalau aku outstation dia minta izin balik kampung. Tapi kali ini tak. Dia kata mak dia tak ada kat kampung, pergi Perak rumah kakak dia. Aku offer hantar sampai Perak tak nak pulak. Ada saja alasan dia.

Malam itu aku bertolak la konon-kononnya siap bawa beg bagai. Aku drive jauh sikit dari rumah aku lepas itu parking tempat tersorok sikit. 15minit lepas itu aku nampak kereta bos aku masuk kawasan rumah aku. Aku dah menyumpah seranah tapi aku rileks dulu.

Aku biar dalam 20minit lepas itu aku terus masuk dalam rumah. Terkejutnya aku tengok bos aku dengan bini aku dah tak berbaju masing-masing. Tinggal seluar dalam saja dua-dua orang itu.

Muka aku dah panas tahan marah tapi aku tarik nafas dalam-dalam. Bini aku dah peluk-peluk kaki aku menangis-nangis minta ampun. Bos aku konon cuba nak coolkan aku dia cuba nak pegang bahu aku. Aku apa lagi terus bagi dia sebijik. Terhuyung hayang la kejap bos aku itu. Puas hati aku. Bini aku pulak aku cakap elok-elok, aku lepaskan dia cara baik. Malam itu juga aku lafaz talak kat dia.

Sekarang dah setahun berlalu, bos aku kahwin dengan tunang dia itu. Bini aku duduk dengan mak dia dekat kampung. Tapi mak mertua aku kata dia masih dengan perangai dia menggedik dengan lelaki. Mak mertua aku kata memang dia ini pantang tengok lelaki hensem. Sebab itu masa aku merisik dia mak mertua aku laju saja terima sebab dia ingat lepas kahwin anak dia akan berubah. Tapi tak pun..

Mujur juga aku dengan dia tak sempat ada anak. Kalau ada anak lagi haru. Sesungguhnya Allah jela sebaik-baik perancang.-Kongsiviral
loading...