Selasa, 23 Ogos 2016

Leka Tengok Filem Hindustan, Suami Pukul Kepala Isteri Guna Cangkul Hingga Mati

Gambar Hiasan
Akibat terlalu leka menonton filem hindustan, seorang wanita bernama Nelly 27 tahun maut di bunuh oleh suaminya sendiri dengan menggunakan cangkul di Papua.

Menurut pengakuan tertuduh yang berusia 40 tahun, kejadian berlaku pada hujung minggu lalu setelah dia menyerah diri kepada pihak berkuasa.

Kejadian di katakan bermula ketika tertuduh dalam perjalanan balik ke rumah dari Tembagapura ke Timika Papua dengan menaiki bas pekerja, dalam perjalanan dia telah berkali-kali membuat panggilan telefon ke isterinya namun tidak di jawab oleh isterinya.

Setelah sampai di bas stop, tertuduh cuba menghubungi isterinya semula namun hasilnya tetap sama.

“Setelah sampai di perhentian bas pada pukul 9 malam saya cuba lagi menelefon isteri saya berkali-kali untuk datang mengambil saya di bus stop, namun panggilannya tetap tidak di jawab menyebabkan saya semakin tertekan, katanya ketika membuat keterangan.

Bagaimanapun tertuduh berusia 40 tahun itu sempat menghantar pesanan ringkas sebelum terpaksa berjalan kaki dari bas stop ke rumahnya yang berjarak 1 kilometer lebih.

Setelah sampai di rumah dia mendapati isterinya sedang leka menonton filem hindustan, tertuduh yang marah kemudian mengambil cangkul sambil mendekati mangsa lalu memukulnya di bahagian kepala sehingga isterinya terjatuh dan meninggal dunia.

Tertuduh kemudian panik dan takut, dia sempat mengejarkan isterinya ke hospital namun sayang, isterinya meninggal dunia dalam perjalanan kerana kecederaan yang telalu parah.

Saya memukul isteri saya menggunakan cangkul di bahagian kepala, isteri saya terus terjatuh dan berlumuran darah, setelah melihat dia jatuh dan menggelupur baru saya sedar, katanya.
loading...