Isnin, 1 Ogos 2016

Lepas Akad Nikah, Pengantin Wanita Lari Kerana Mengandung Anak Lelaki Lain.

Gambar Hiasan
Tidak banyak alasan mengapa wanita bersikap terlalu berani, namun bila mereka sudah nekad tidak ada siapa yang mampu menghalang.

Perkara itulah yang di alami oleh Sephia 26 tahun yang lari selepas melangsungkan akad nikah dengan suaminya Amran 4 bulan lalu.

6 bulan sebelum majlis akad nikah tersebut berlangsung, pada hari kejadian dia nampak gembira akan tetapi kegembiraan itu tiba-tiba menjadi mimpi ngeri, setelah beberapa orang melihat pengantin wanita lari dengan menaiki teksi yang sememangnya sedang menunggu dengan pintu terbuka.

“Saya memang sengaja melarikan diri kerana tidak mahu membebankan lelaki yang di jodohkan oleh kedua orang tua” kata sephia setelah hampir beberapa bulan menghilang.

Kelmarin Sephia muncul di pejabat agama bagi menuntut penceraian dari suaminya Amran 32 tahun.

Sebelum lari dari akad nikah tersebut Sephia mengaku dia merasakan amat keliru dan tidak tahu apa yang dia lakukan, kerana terlanjur dengan kekasih dia terpaksa menanggung risiko memalukan yang bakal menimpa dia dan keluarganya kerana lari dari majlis itu.

Katanya ketika dia lari suaminya Amran hanya mampu menundukkan kepala, manakala ibunya jatuh pengsan dan kini mengalami strok akibat menanggung malu.

Tomahan dan hinaan dari semua orang telah di dengarinya, namun begitu adiknya Mira menyokong tindakannya tersebut. malah Mira lah yang mencarikan rumah untuk kakaknya yang mengandung dan menjaganya hingga bersalin.

“Sebelum berkahwin dengan Amran saya sudah tidur dengan kekasih yang saya kenal melalui laman facebook” kata Sephia.

Di akui sendiri oleh perempuan berambut paras bahu ini sebenarnya dia sudah mula mencintai Amran iaitu calon suaminya namun dia juga mencintai kekasihnya.

“Ahli keluarga dan jiran mengatakan saya sudah gila kerana sanggup meninggalkan lelaki sebaik amran” katanya.

Malangnya kekasih Sephia yang sepatutnya bertanggung jawab ke atas kandungannya itu telah menghilangkan diri entah ke mana sehingga menyebabkan Sephia terpaksa menanggung aib yang memalukan itu sendirian.

Kehamilan Sephia akhirnya sampai ke pengetahuan ahli keluarga Amran namun mereka masih boleh menerima Sephia sekiranya Amran bersetuju untuk menerima Sephia.

Walaupun begitu Sephia berkata bahawa dia tidak sanggup untuk memberikan tanggungjawab anak dari hasil zinanya kepada Amran, sebab Amran terlalu baik.

Sephia juga mengaku bahawa dia memilih untuk melarikan diri kerana tidak mahu menanggung rasa bersalah jika dia menipu Amran

Bagaimanapun dia bahagia dengan putri kecilnya yang baru berusia 40 hari, mungkin ini sudah takdir untuk hidup saya, katanya pasrah. 
loading...