Rabu, 3 Ogos 2016

Pemain Pokemon Go Terakam Aksi 18SX Di Dalam Pejabat.

SANTO DOMINGO – Seorang remaja yang sedang asyik bermain Pokemon Go terpegun apabila mendapati sepasang lelaki dan wanita sedang melakukan hubungan seks di dalam pejabat yang hanya bertiraikan dinding kaca.

Remaja yang tidak mahu didedahkan identitinya itu bertindak merakan aksi 18SX itu menggunakan telefon bimbitnya.

Menurut sebuah lama antarabangsa, The Sun, kejadian itu dirakam di sebuah frima perundingan yang terletak di bandar Santo Domingo, Republik Dominican.

Video aksi 18SX itu viral dan menjadi perbualan hangat di laman sosial. Seorang individu wanita yang dipercayai setiausaha di firma berkenaan dikatakan sebagai individu yang terbabit di dalam video berkenaan.

Bgaimanapun, individu wanita yang dikenali sebagai Diana Paulino tampil menafikan bahawa dirinya adalah wanita di dalam video berkenaan dan telah membuat laporan polis apabila namanya menjadi sebutan di media sosial.

“Bagaimana saya boleh dikaitkan dengan wanita di dalam video ini.

“Saya sama sekali tiada kaitan dengan syarikat di mana video itu difilemkan.

“Malah, video berkenaan menunjukkan seorang wanita yang mempunyai payudara saiz cup A sedangkan saya saiz DD,” jelasnya.

Manakala menurut, Bextro Consulturo, firma yang menjadi tempat ia dirakam menjelaskan bahawa individu di dalam video berkenaan telah dikenal pasti dan tindakan dalaman telah diambil terhadap mereka. -MYNEWSHUB
loading...